Ulasan Buku

Ulasan Buku – Cikgu Multipurpose, Ligat Dan Pantas Bertindak

Oleh Azian Mohamed Isa  •  16 Nov 2020  •  2 min baca

Membaca kisah-kisah yang dinukilkan oleh Cikgu Amla Mat Rawi membuatkan saya berfikir banyak perkara. Menerusi rentetan peristiwa dan anekdot yang dihidangkan seputar tugasnya sebagai pendidik membawa kita kepada satu tema yang sangat besar dan penting yang menjadi asas kepada pembangunan negara. 

Ibu bapa wajib melengkapkan diri dengan ilmu dan kemahiran keibubapaan sebagai persediaan untuk mendidik anak-anak. 

Meminjam kata-kata Prof. Wan Mohd Nor Wan Daud, pengasas dan pengarah CASIS, UTM – “Before we educate our children, we as parents have to be educated first.” 

Mengapa? 

Ini adalah kerana ibu bapa ialah pendidik utama dan pertama dalam membesarkan anak-anak. Bukannya cikgu, bukan nenek, datuk, ibu saudara atau jiran. Atas dasar inilah suara penulis sangat lantang dalam hal-hal yang membabitkan keperluan anak-anak. 

Katanya – “Sesibuk mana pun ibu bapa bekerja, keperluan anak-anak janganlah dilupa.”

Dan pesanan inilah yang telah diulang beberapa kali melalui naskah ini. Keperluan yang dimaksudkan ialah sarapan dan tidur yang mencukupi.

Anak-anak yang perutnya terisi, badan segar dan cergas pada waktu pagi sudah tentu tinggi fokusnya dan konsentrasi.

Pengalaman lebih sepuluh tahun menabur bakti di sebuah sekolah terpencil di kawasan Felda bukan saja menyumbang kepada seribu satu rencah dan perisa dalam naratif seorang Cikgu Multipurpose, malah ia juga bertindak sebagai autoriti untuk Cikgu Amla berkongsi teknik pengajaran, panduan dan nasihat kepada para guru dan ibu bapa. 

Karakter semulajadinya yang lincah dan bertenaga menjadikan beliau tidak pernah kering idea untuk mengambil perhatian murid-muridnya dengan tip and tricks yang kreatif dan menghiburkan juga tinggi dalam nilai didikan. 

Setiap bab dalam buku ini diawali dengan ayat dialog, mengajak pembaca bersama-sama masuk ke dalam dunia persekolahan Cikgu Multipurpose yang penuh rencam; saspens, kelakar, gembira, geram, hiba dan menginsafkan.

Di akhir bab, pembaca pasti akan terhibur dengan punchline Cikgu Amla yang sangat bersahaja. Unsur lucu yang kita tak duga dan bukannya dipaksa-paksa. Inilah kekuatan penulis yang menghidupkan buku ini. Syabas, Cikgu Amla!

Cikgu Multipurpose – Satu tugas hakiki, sejuta tugas lain yang menanti. Perlu ligat berfikir dan pantas bertindak!

Rujukan:
Buku Cikgu MultiPurpose terbitan Galeri Ilmu di bawah label Akademi Bonda Nor


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Azian Mohamed Isa

Azian Mohamed Isa

Pemegang Sarjana dalam bidang Sains Biologi, pernah menyandang jawatan pensyarah. Kini seorang penulis sepenuh masa. Seorang pemikir dan pengembara. Kisah kembaranya di Xi’an, China dan Pulau Mauritius boleh diikuti di dalam majalah E&T yang diterbitkan oleh MySet, myset.org.my. Juga seorang penulis yang telah menerbitkan lima buah buku di bawah Galeri Ilmu

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami