Eksklusif, Gaya Hidup

#97 – Untuk Berjaya, Muhasabah 7 Perkara Ini

Oleh Fizah Lee  •  28 Dec 2020  •  3 min baca

Pernah tak anda berfikir mengapa orang yang berjaya akan terus berjaya? Sedangkan jalan yang ditempuh oleh golongan ini pasti penuh liku dan onaknya sendiri.

Namun, saban hari kejayaan yang diperoleh mereka sentiasa membesar dan menginspirasikan orang sekeliling. Berbeza dengan sesetengah dari kita yang mungkin akan mudah berpuas hati dengan kejayaan yang dicapai dan lebih selesa berada di zon itu.

Walhal, untuk terus berjaya, seseorang individu perlu sentiasa mengorak langkah agar mampu mengecapi kejayaan yang besar dan boleh memberi manfaat kepada sekeliling.

Jadi, ayuh kita muhasabah kembali dan nilai diri perjalanan diri kita; adakah usaha yang dilontarkan itu memadai untuk mencapai kejayaan yang besar?

#1 – Sikap orang yang berjaya amat berbeza

Perkara pertama yang perlu dilihat adalah sikap diri sendiri. Orang yang berjaya mempunyai sikap yang berbeza. Mereka tidak akan menukarkan keluhan yang ada kepada putus asa sebaliknya mencari idea untuk menyelesaikannya.

Disiplin juga adalah perkara yang penting. Tiada orang yang berjaya meletakkan perkataan malas dalam diri mereka bahkan mereka juga tidak suka bertangguh. Pendek kata, sikap yang ada dalam diri mereka mencerminkan segalanya.

#2 – Menjadi insan yang mencipta peluang berbanding menunggu peluang

Orang yang berjaya tidak duduk dan menunggu sahaja peluang datang kepada mereka, namun mereka berusaha mencari peluang yang ada. Jika tiada, mereka sendiri yang akan berusaha membuka peluang kepada diri mereka sendiri.

#3 – Melabur untuk kejayaan sendiri

Orang yang berjaya tidak takut untuk menempuh banyak jalan yang penuh liku. Mereka akan melabur untuk kejayaan mereka sendiri.

Pelaburan itu bukanlah bersifat wang semata-mata, namun juga pelaburan melalui tenaga, idea, masa dan pengorbanan.

#4 – Konsisten dan persisten terhadap sesuatu

Jika mereka sudah meletakkan matlamat dan impian untuk dicapai, mereka akan konsisten terhadap perkara tersebut.

Apabila mereka memilih untuk mengatur langkah, perkataan berganjak atau mengundur ke belakang sudah tidak wujud lagi. Mereka akan berusaha mencapainya semaksima mungkin.

#5 – Tidak takut untuk berubah

Mereka tidak takut untuk berubah dan menerima perubahan kerana pastinya setiap strategi yang diatur, mereka sudah menimbang tara setiap perkara baik dan buruk yang akan datang.

Jika anda takut untuk berubah, ia akan menyebabkan anda tersekat di tempat yang sama. Maka, hasilnya pun adalah hasil yang sama. Lantas, tiada perubahan dalam hidup anda.

Justeru, jangan takut untuk mencuba perkara baharu agar anda dapat belajar sesuatu dan meraih pengalaman diri.

#6 – Tidak takut kritikan dan menerima pandangan sekeliling

Jika kita menutup telinga dan hati daripada menerima pandangan orang sekeliling, maka kita sendiri juga tidak pasti di mana silap atau perkara yang boleh ditambah baik.

Belajar menerima kritikan yang membina diri. Jika wujud komen atau kutukan negatif, anggap ia sebagai salah satu pengajaran yang perlu dielakkan.

#7 – Hala tuju itu penting

Jika tiada hala tuju, anda akan biarkan sahaja kereta yang dipandu bergerak tanpa peta. Lantas, sampai satu masa kelak, anda sendiri yang akan rugi.

Rugi masa, wang dan juga ‘minyak’. Sedangkan perkara yang sebetulnya adalah mempunyai hala tuju agar destinasi anda tidak menjadi suatu yang sia-sia.

Kesimpulan

Kejayaan tidak dibina dalam masa sehari. Bahkan, ia mengambil masa yang panjang. Namun, percayalah bahawa perjalanan menujunya amat seronok kerana ia dihiasi dengan pelbagai perkara baru yang boleh dikuti sebagai ilmu untuk anda.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami