Ibadah

9 Sunnah Mudah Yang Boleh Diamalkan

Oleh Fizah Lee  •  30 Oct 2020  •  3 min baca

Walaupun Maulidur Rasul kali ini disambut dengan penuh sederhana, namun auranya masih terasa sehingga kini. Apabila ditatal media sosial, masih ramai yang mengucapkan selawat dan mengajak rakan-rakan alam mayanya untuk terus mengingati Baginda SAW.

Semangat inilah yang kita mahu. Walaupun tidak dapat berhimpun untuk sama-sama menyemarakkan cinta kepada Rasulullah, namun dengan adanya kepesatan teknologi membuatkan kita sama-sama mengingati Rasulullah dan meraikannya dengan cara yang terbaik.

Bukan selawat sahaja yang perlu dilakukan, namun dnegan mengikut sunnah-sunnah yang ditinggalkan, ia adalah antara bukti kita meraikan Baginda.

Banyak sunnah yang telah Baginda SAW tinggalkan untuk kita amalkan dan hayati. Tidak perlu paksa diri untuk melakukan amalan yang berat kerana ada pelbagai amalan ringan dan mudah yang boleh dilaksanakan. Antaranya;

#1 – Menjaga Kebersihan

Maksud: “Sesungguhnya Allah itu baik, Dia menyukai kebaikan. Allah itu bersih, Dia menyukai kebersihan. Allah itu mulia, Dia menyukai kemuliaan. Allah itu dermawan, Dia menyukai kedermawanan. Maka, bersihkanlah olehmu tempat-tempatmu dan janganlah kamu menyerupai kaum Yahudi.” (Hadis Riwayat Tirmizi, no. 2799)

#2 – Hiasi Wajah Dengan Senyuman

Maksud: “Janganlah engkau meremehkan kebaikan sedikit pun, meski hanya dengan bertemu saudaramu dalam keadaan wajah yang berseri.” (Hadis Riwayat Muslim, no. 2626)

#3 – Mulakan Pagi Dengan Solat Dhuha

Nabi SAW berwasiat kepada Abu Hurairah RA mengenai solat Dhuha, iaitu;

Maksud: “Kekasihku (Muhammad SAW) mengingatkan aku supaya melakukan tiga perkara, iaitu: berpuasa tiga hari pada setiap bulan, melakukan solat Dhuha sebanyak dua rakaat dan melakukan witir sebelum tidur.” (Hadis Riwayat Bukhari, no. 1880)

#4 – Menunaikan Solat Di Awal Waktu

Maksud: “Apakah amalan yang paling dicintai di sisi Allah?” Nabi menjawab: “Solat pada waktunya.” Dia (perawi) bertanya lagi: “Kemudian apa?” Baginda menjawab: “Berbuat baik kepada kedua ibu bapa.” Dia bertanya lagi dan Baginda menjawab: “Jihad di jalan Allah.” (Hadis Riwayat Bukhari, no. 5970)

#5 – Melakukan Witir Sebelum Tidur

#6 – Berwuduk Sebelum Tidur

Maksud: “Apabila kamu pergi ke tempat perbaringan kamu, maka hendaklah kamu wuduk seperti kamu wuduk untuk solat, kemudian berbaringlah di lambung sebelah kananmu.” (Hadis Riwayat Bukhari, no. 247)

#7 – Bersabar Dengan Apa Yang Dilalui

Dari Anas bin Malik RA, Baginda SAW bersabda:

Maksud: “Akan datang kepada manusia, satu zaman di mana orang yang sabar daripada kalangan manusia yang berpegang dengan agamanya seperti seorang yang menggenggam bara api.” (Hadis Riwayat Tirmizi, no. 2260)

#8 – Perbanyakkan Selawat

Maksud: “Perbanyakkanlah selawat ke atasku pada setiap hari Jumaat. Sesungguhnya, selawat yang dibaca oleh umatku akan dibentangkan kepadaku pada setiap hari Jumaat. Barangsiapa yang paling banyak berselawat ke atasku, maka dia kana berada paling hampir denganku (di dalam syurga).” (Hadis Riwayat Al-Baihaqi, no. 5995)

#9 – Mencintai Dan Membaca Al-Quran

Maksud: “Sebaik-baik kalian adalah orang yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya.” (Hadis Riwayat Bukhari, no. 5027)

Kesimpulan

Ada pelbagai sunnah yang ditinggalkan Baginda SAW kepada umatnya dari sekecil-kecil perkara sehingga yang paling besar.

Jadi, menjadi tugas dan tanggungjawab kita untuk mengikuti sunnah tersebut dengan sebaik-baiknya untuk menambah cinta kepada Rasullah.



Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami