Eksklusif, Gaya Hidup

#9- Cipta Ketenangan Apabila Menjalani Hidup Yang Terlalu Sibuk

Oleh Natirah Azira  •  1 Oct 2020  •  2 min baca

Pelan Efisien 100 Hari

Tinggal 92 hari lagi menuju 2021. Bagaimana dengan gaya kehidupan seharian anda? Adakah masih kerap tenggelam dalam stres dengan putaran sama yang berulang-ulang?

Anda terlalu sibuk sehingga tidak mempunyai masa untuk diri sendiri dan ahli keluarga.Walau bagaimanapun, kesibukan itu tidak dapat dielakkan kerana itulah tuntutan kerja anda sendiri.

Meskipun dalam keadaan ini, penting untuk anda memastikan bahawa diri tidak diselubungi keserabutan sehingga boleh membawa kepada stres dan kemurungan. Berikut beberapa cara yang boleh anda lakukan untuk menjemput ketenangan.

#1- Tarik Nafas

Tarik nafas? Bukankah saat ini pun kita sedang bernafas? Baiklah, bernafas yang saya maksudkan di sini adalah teknik pernafasan secara ‘sedar’. Teknik ini juga dipanggil sebagai ‘mindful breathing’. Ia dapat membantu anda untuk merehatkan sebentar minda supaya dapat bertenang.

Pernafasan secara sedar dan teratur ini boleh dilakukan dalam masa beberapa minit. Anda hanya perlu mengambil langkah berikut:

1. Memilih tempat yang selesa.

2. Setkan masa pada telefon pintar buat beberapa minit.

3. Pejam mata dan fokuskan kepada pernafasan.

Anda hanya perlu mengambil sedikit masa di celah-celah kesibukan harian untuk melakukannya.

#2- Fokus Kepada Satu-satu Benda Pada Satu Masa

Antara perkara yang membuatkan kita tidak tenang dan stres adalah kerana menfokuskan kepada banyak perkara dalam satu masa. Jika hal itu adalah kerja yang tidak memerlukan kemahiran berfikir yang mendalam seperti memasak dan membasuh pinggan, maka itu tidak menjadi masalah. Anda masih boleh melakukannya berselang-seli.

Tetapi jika ia menuntut fokus dan perhatian yang mendalam, apa kata bahagikan masa yang khusus untuk menyelesaikan. Fokuskan hanya pada satu perkara buat satu masa supaya kualiti kerja juga mampu dikekalkan dan anda juga lebih tenang.

#3- Berzikir Dan Mengadukan Keadaan Anda Kepada Allah

Kita diingatkan supaya kerap melakukan zikir agar memperolehi ketenangan. Anda boleh memilih apa jua zikir yang anda sukai apabila keadaan terlalu menekan dan anda mula rasa cemas.

Di samping itu, berdoa dan adukanlah keadaan yang anda hadapi kepada Allah. Antara ayat yang sangat saya sukai ialah firman Allah dalam Surah Ghafir, ayat 44 yang bermaksud:

وَأُفَوِّضُ أَمْرِي إِلَى اللَّـهِ

“…aku sentiasa menyerahkan urusanku bulat-bulat kepada Allah (untuk memeliharaku)…” (Surah Ghafir 40:44)

Kesimpulan

Kadang-kadang kita tidak dapat mengelakkan diri daripada kesibukan tuntutan kerja seharian, namun penting di sini untuk mencipta ketenangan bagi memastikan diri anda kekal bersemangat dan tidak lesu menjalani hari.

#Menuju2021

#PelanEfisien100Hari


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Pernah mendalami bidang Psikologi selama dua tahun dan sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Kaunseling di Universiti Sains Malaysia.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami