Antara puasa sunat yang elok untuk diamalkan adalah puasa sunat Isnin dan Khamis. Ia adalah amalan ringkas yang mudah dilakukan terutamanya bagi mereka yang sedang menjaga kesihatan diri ke arah yang lebih baik.
Ramai juga yang memilih puasa sebagai salah satu cara untuk diet kerana ia adalah salah satu cara sihat untuk mengawal nafsu makan.
Dengan puasa, anda hanya perlu makan dua kali sehari, iaitu ketika bersahur dan juga berbuka puasa.
Namun, itu tidaklah bermaksud anda boleh makan secara berlebihan ketika berbuka puasa kerana puasa bukanlah alasan untuk tidak mengawal nafsu makan ketika berbuka puasa.
Walaupun ia adalah puasa sunat, namun tidak salah untuk kita mengikut amalan yang biasa juga dilakukan ketika berpuasa di bulan Ramadan.
Apabila berbuka, latih diri untuk mengambil makanan yang lebih ringkas dahulu seperti kurma mahupun kuih-muih. Ia adalah untuk mengelakkan ketidakselesaan kepada sistem penghadaman kita.
Jadi, anda perlu bijak memilih menu berbuka puasa dan juga bersahur agar dapat memenuhi keperluan tenaga walaupun anda berpuasa.
Antara makanan berbuka puasa yang baik dan boleh diamalkan seperti yang disarankan pakar-pakar kesihatan adalah:
#1 – 3 biji buah kurma
#2 – Jus buah-buahan
#3 – Nasi dalam kuantiti yang mencukupi
#4 – Pilih menu antara ikan dan ayam
#5 – Amalkan pengambilan sayur-sayuran
#6 – Jika lapar pada waktu malam, elakkan makan makanan berat. Sebaliknya, gantikan ia dengan snek ringkas seperti roti, kacang dan buah-buahan.
#7 – Perbanyakkan minum air putih bagi menjadikan tubuh anda kekal terhidrasi
Rujukan:
My Health
Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.
Kempen Dakwah Digital
Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.