Gaya Hidup

8 Tip Untuk Kekal Produktif Sepanjang Bekerja Dari Rumah

Oleh Azian Mohamed Isa  •  1 Apr 2020  •  3 min baca

Kempen #DudukdiRumah atau #StayAtHome yang dijalankan oleh kerajaan Malaysia berikutan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan COVID-19 mengundang pelbagai reaksi daripada masyarakat.

Pada peringkat awal, hanya 90% yang benar-benar patuh dengan arahan kawalan pergerakan tersebut. Namun, dengan arahan yang jelas dan tersusun daripada pihak berkuasa dan disebarkan pada umum menggunakan pelbagai medium komunikasi, peratusan yang akur dengan PKP meningkat ke 95% pada 24 Mac 2020, satu rekod pencapaian yang sangat baik.

Bagi yang bekerja di pejabat, rutin 9 hingga 5 pada setiap hari pasti terganggu akibat penutupan sebahagian besar pejabat-pejabat, sekolah-sekolah dan institusi pengajian tinggi di Malaysia. Bekerja dari rumah adalah satu perkara baharu bagi mereka. Bukan mudah dan pastinya mencabar untuk menyesuaikan diri dengan keadaan dan suasana yang berbeza secara tiba-tiba.

Dalam tempoh krisis begini, adalah penting untuk kekal positif dan produktif. Hal ini adalah kerana pengalaman positif dalam masa kesukaran begini akan meningkatkan daya tahan dan mengurangkan gejala penyakit mental seperti direkodkan dalam satu kajian selepas peristiwa 11 September, 2001. (Kajian oleh Fredrickson, Tugade, Waugh, & Larkin pada tahun 2003)

Berikut merupakan tip untuk kekal produktif sepanjang tempoh bekerja dari rumah.

#1- Tentukan Ruang Kerja

Pilih ruang kerja yang sesuai, selesa dan nyaman, jauh daripada gangguan. Pastikan segala peralatan yang diperlukan seperti alat tulis, komputer, buku nota dan sebagainya berdekatan di sisi anda. Elakkan bekerja dari katil anda.

#2- Tampil Profesional

Tanggalkan pakaian tidur, mandi dan sarungkan pakaian yang biasa anda pakai untuk ke pejabat. Percayalah, anda akan berasa lebih bersemangat dan tidak sabar untuk membuat tugasan.

#3- Tetapkan Masa Bekerja Dan Mesyuarat

Apabila kita berada di rumah kita cenderung untuk berasa seperti bercuti. Adalah penting untuk kita menetapkan garis waktu yang jelas untuk kita bekerja. Jika 9 pagi hingga 5 petang itu adalah waktu bekerja, pastikan anda menggunakan waktu tersebut sebaik-baiknya.

#4- Rancang Tugasan Harian

Senaraikan ‘to-do-list’ untuk membantu menguruskan tugasan harian. Anda boleh gunakan aplikasi Microsoft to-do, Todoist, Trello dan Google Task. Ingat, jika anda biarkan hari-hari anda tanpa perancangan, orang lain akan merancangnya bagi pihak anda.

“Unscheduled day is not freedom. Rather, it’s recipe for regret.” Nir Eyal

#5- Kenalpasti Gangguan Kerja Di Rumah

Elakkan semua gangguan yang bakal menghalang kerja anda. Contohnya seperti anak-anak mengganggu ataupun kucing kesayangan anda yang duduk di komputer.

#6- Asingkan Diri Daripada Gangguan

Jika anak-anak adalah sumber utama gangguan, sediakan tempat yang selamat untuk anak anda bermain. Berbincanglah dengan pasangan bagaimana untuk menjaga anak anda di rumah.

#7- Berehat Sebentar

Berhentilah daripada apa-apa pekerjaan yang anda lakukan selama sepuluh minit untuk anda kekal cergas dan bertenaga. Buat senaman ringan atau regangan otot. Anda boleh juga mengambil snek ringkas seperti kekacang atau buah-buahan. Tapi, jangan lupa untuk kembali semula!

#8- Bersedia Dihubungi Ketika Waktu Pejabat

Aplikasi Microsoft Teams, Zoom dan Google Hangout boleh digunakan untuk berhubung sepanjang waktu pejabat. Segala keputusan yang memerlukan persetujuan daripada ahli mesyuarat dapat dicapai menerusi mesyuarat secara maya atau dalam talian ini. Jangan menghilangkan diri anda pula!

Rujukan:
1. MyMdec
2. Gopayz


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Azian Mohamed Isa

Azian Mohamed Isa

Pemegang Sarjana dalam bidang Sains Biologi, pernah menyandang jawatan pensyarah. Kini seorang penulis sepenuh masa. Seorang pemikir dan pengembara. Kisah kembaranya di Xi’an, China dan Pulau Mauritius boleh diikuti di dalam majalah E&T yang diterbitkan oleh MySet, myset.org.my. Salah seorang penulis di dalam buku antologi himpunan kisah benar berjudul ‘BLUR’ yang diterbitkan oleh Buku Puris.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami