Ibadah

8 Puasa Sunat Peluang Yang Amat Bernilai Setiap Tahun

Oleh Marina  •  22 Feb 2017  •  3 min baca

Amalan sunnah adalah amalan yang dapat melengkapi kekurangan amalan wajib, salah satunya ialah berpuasa sunat seperti yang diajar oleh Baginda Nabi saw. Tahukah anda, terdapat pelbagai jenis puasa sunat yang boleh kita lakukan dalam setahun. Jika tak mampu nak buat semua, janganlah ditinggal semua. Buat sekali setahun pun dah bagus.

Berikut adalah beberapa jenis puasa sunat yang boleh dilakukan sekali setahun;

#1 – Puasa Isnin dan Khamis

Dari Aisyah r.anhu beliau berkata,

“Rasulullah saw biasa memilih untuk berpuasa pada hari Isnin dan Khamis.”Hadis Riwayat an-Nasai’e no. 2360 dan Ibnu Majah no.1739.

#2 – Puasa Tiga Hari Setiap Bulan Hijrah

Dari Abu Dzar, Rasulullah saw bersabda padanya,

“Jika engkau ingin berpuasa tiga hari setipa bulannya, maka berpuasalah pada tanggal 13, 14 dan 15 (dari bulan Hijrah).”Hadis Riwayat Tirmizi no.761 dan an-Nasai’e no.2424.

#3 – Puasa Nabi Daud

Cara melakukan puasa Nabi Daud adalah sehari berpuasa dan sehari tidak.
Rasulullah saw bersabda;

“Puasa yang paling disukai oleh Allah adalah puasa Nabi Daud. Solat yang paling disukai Allah adalah solat Nabi Daud. Baginda biasa tidur separuh malam, dan bangun pada sepertiganya, dan tidur pada seperenamnya. Baginda biasa berbuka sehari dan berpuasa sehari.” Hadis riwayat Bukhari no.3420 dan Muslim no.1159.

#4 – Puasa Di Bulan Sya’aban

Aisyah r.anhu berkata,

“Nabi saw tidak berpuasa pada satu bulan yang lebih banyak dari bulan Sya’aban. Nabi saw biasa berpuasa pada bulan Sya’aban seluruhnya.” Hadis riwayat Bukhari no.1970 dan Muslim no.1156.

#5 – Puasa Enam Hari Di Bulan Syawal

Nabi saw bersabda,

“Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian berpuasa enam hari di bulan Syawal, maka dia seperti berpuasa setahun penuh.” Hadis Riwayat Muslim no.1164.

#6 – Puasa Di Awal Zulhijjah

“Rasulullah saw biasa berpuasa pada sembilan hari awal Zulhijjah, pada hari ‘Asyura’ (10 Muharram), berpuasa tiga hari setiap bulannya…” Hadis Riwayat Abu Daud no 2437.

#7 – Puasa Hari Arafah

Puasa Arafah dilaksanakan pada 9 Zulhijjah.
Abu Qatadah al-Ansari berkata,

“Nabi saw ditanya mengenai keutamaan puasa Arafah? Baginda menjawab, ‘Puasa Arafah akan menghapus dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.’ Baginda juga ditanya mengenai keistimewaan puasa Asyura? Baginda menjawab, ‘Puasa ’Asyura akan menghapus dosa setahun yang lalu’.” Hadis riwayat Muslim no. 1162.

#8 – Puasa Asyura

Hari Asyura ialah hari ke-10 dalam bulan Muharram. Dan, digalakkan untuk mengiringinya dengan berpuasa 1 hari lagi sama ada sebelum atau selepas 10 Muharram itu agar tidak menyamai puasa orang Yahudi dan Nasrani yang hanya berpuasa pada 10 Muharram sahaja.

Nabi saw bersabda,

“Puasa yang paling utama setelah (puasa) Ramadhan adalah puasa pada bulan Allah – Muharram. Sementara solat yang paling utama setelah solat wajib adalah solat malam.” (Hadis riwayat Muslim no.1163).

Demikianlah beberapa jenis puasa sunat yang dianjurkan oleh Rasulullah saw untuk dilakukan. Namun demikian, kita boleh memilih sama ada ingin melaksanakan ataupun tidak, kerana tiada paksaan serta larangan atau dosa sekiranya kita tidak melakukannya.

Buat sekali dalam setahun pun sudah memadai, insya-Allah mudah-mudahan kita akan terbiasa dengan amalan berpuasa sunat ini. Wallahua’lam.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Marina

Merupakan graduan dari UNISZA, Terengganu dalam bidang Pengajian Islam dengan hasrat menggabungkan pelbagai pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki untuk manfaat komuniti. Menulis adalah salah satu dari minatnya dan beliau turut menghasilkan sebuah karya pertamanya yang berjudul , '' Himpunan Kisah Kaum-Kaum Binasa''.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami