Eksklusif

#8 – Persekitaran Ibadah Friendly

Oleh Natirah Azira  •  1 May 2020

Assalamualaikum pengunjung Tzkrh semua. Telah sampai kita ke checkpoint ke-8 dalam Skim Ramadan Berimpak Maksima.

Masih belum terlambat kami kira untuk mengajukan persoalan ini – adakah persekitaran kita sudah ibadah-friendly?

Penting sebenarnya untuk mewujudkan suasana ibadah sekalipun kita berada di rumah. Hal ini dapat menjadi pemangkin untuk kita lebih semangat beribadah.

Bagi anda yang berada bersama ibu bapa atau ahli keluarga yang ramai dan ruang rumah pula terhad, anda boleh menukar ruang tamu menjadi ruang solat sementara pada waktu malam.

Bagi yang melalui tempoh PKP dengan rakan serumah pula, ringan-ringankan mulut untuk mengajak mereka berjemaah bersama. Tidak lupa kepada anda yang melalui Ramadan ini berseorangan, ia bukan alasan untuk tidak beribadah. Wujudkan persekitaran ibadah-friendly dengan membersihkan ruang bilik dan menghiasnya sesuai dengan tema Ramadan. Anda boleh meletakkan Al Quran dan tasbih di ruang khas yang senang dilihat agar dapat membangkitkan semangat beribadah.

Seharusnya kita menjadikan kehidupan kita ini berpusat pada ibadah dan bukannya ibadah yang menjadi penghias kehidupan kita.


Kongsikan Video Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan video ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Pernah mendalami bidang Psikologi selama dua tahun dan sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Kaunseling di Universiti Sains Malaysia.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami