Gaya Hidup

8 Perkara Yang Menghilangkan Tenaga Anda Tanpa Sedar

Oleh Natirah Azira  •  9 Feb 2019  •  3 min baca

Pernahkah anda berasa penat yang berpanjangan meskipun sudah mendapat rehat yang cukup? Badan terasa lemah, tenaga untuk melakukan kerja pun tidak ada, apatah lagi ingin bersosial dengan orang di sekeliling. Mungkin ada perkara yang sebenarnya ‘menarik’ tenaga anda tanpa disedari. Salah satu (atau lebih) perkara di bawah boleh jadi sebab mengapa anda dalam situasi yang tidak produktif.

#1- Mengambil Kira Setiap Perkara Secara Peribadi (Taking things personally)

Dalam erti kata lain, terlalu sensitif dengan apa yang diucapkan dan dilakukan oleh orang lain. Kadang-kadang, niat mereka hanya ingin bergurau. Jika kita terlalu sensitif dengan setiap patah kata yang diucapkan maka akhirnya kita hanya akan hilang mood dan berfikir negatif tentang orang lain.

#2- Memperbesarkan Masalah Yang Kecil

Kadang-kadang masalah yang berlaku dalam kehidupan kita tidaklah sebesar mana. Ia boleh diselesaikan dengan mudah. Namun jika masalah yang kecil mula diperbesar-besarkan , hal ini akan mula manarik ‘tenaga’ dari dalam badan tanpa anda sedar. Jika masalah tersebut melibatkan orang lain pula, maka stres pun akan ‘berjangkit’ dan merosakkan mood harian.

#3- Masih Tenggelam Dengan Perkara Lampau

Setiap orang memiliki masa lampau masing-masing, baik hal-hal yang menggembirakan mahupun yang menyedihkan. Namun jika kita terlalu tenggelam dalam emosi dan dihantui pengalaman lalu, maka sudah pasti ia mampu mengganggu tindakan pada masa sekarang – ibarat batu yang diikatkan pada kaki yang akhirnya melambatkan perjalanan . Hal yang lalu tempatnya di belakang, bukan di hadapan.

#4- Tidur Lambat

Tidur lambat juga mampu mengganggu mood dan prestasi pada siang hari. Banyak kajian yang telah dilakukan tentang kesan tidur yang tidak cukup secara berpanjangan. Antaranya mengganggu fokus dan tumpuan, cepat marah. Malah tidak cukup tidur juga boleh membawa kepada masalah jantung dan obesiti.

#5- Makan Secara Tidak Sihat

Melewatkan makan dan juga makan secara berlebih-lebihan kedua-duanya tidak sihat untuk tubuh badan. Perlu diingat bahawa, terdapat banyak lagi ‘hidupan’ di dalam badan anda yang memerlukan ‘makanan’ seperti sel-sel neuron, sel darah, dan organ di dalam badan secara keseluruhannya.
Setiap satunya memerlukan tenaga yang dijana daripada pemakanan yang anda ambil. Jadi, makanlah secara sihat dan bijak!

#6- Mengeluh Dan Mengadu Setiap Masa

Wajarlah untuk kita sesekali mengadu jika ada perkara yang tidak memuaskan hati seperti prestasi rakan sekelas, rakan sekerja atau layanan bos. Namun jika semua benda hendak di komen dan tidak kena di mata kita, maka tanpa sedar ia boleh menghilangkan tenaga kita dan orang lain. Belajar teknik bertenang dan berkomunikasi dengan berkesan bagi mnyelesaikan masalah, dan bukan hanya sekadar mengomel.

#7- Berlebihan Berfikir (Overthinking)

Berlebihan dalam berfikir atau selalunya kita sebut sebagai ‘overthinking’ juga boleh menghilang ‘tenaga’ dalam badan. Setiap kesilapan yang dilakukan dan tindak tanduk orang semuanya difikirkan secara berlebihan.

“Tadi silap cakap, macam mana kalau ada yang terasa”

“Kenapa tadi kawan tak layan, dia benci aku ke”

Perkara ini jika tidak dikawal akan menimbulkan masalah yang sebenarnya tidak wujud pun. Sekalipun anda ada tersilap, ianya akan dilupakan dengan cepat oleh orang lain. Tips yang anda perlu tahu ialah: Setiap orang lebih sibuk memikirkan diri masing-masing berbanding orang lain.

#8- Cuba Untuk Memenuhi Kehendak Semua Orang

Semua orang memiliki keinginan masing-masing, maka cuba untuk memenuhi setiap keinginan mereka adalah suatu yang mustahil. Jika mereka memerlukan bantuan, maka wajarlah kita membantu apa yang kita mampu, namun jika. Namun jangan sampai mengenepikan keperluan diri sendiri hanya kerana orang lain tidak sependapat dengan apa yang kita fikirkan.

Dalam menjalani kehidupan, kita bukan sahaja harus bijak mengurus tugasan dan tanggungjawab, malah kita juga perlu belajar memahami diri sendiri. Semoga dengan pendedahan di atas, kita akan lebih teliti dengan masa dan tenaga yang dihabiskan setiap hari.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Pernah mendalami bidang Psikologi selama dua tahun dan sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Kaunseling di Universiti Sains Malaysia.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami