Tokoh

8 Mutiara Kata Imam Syafie Ini Kunci Kekuatan Diri

Oleh Natirah Azira  •  17 Sep 2018  •  2 min baca

Imam Syafie atau nama panjangnya Muhammad bin Idris bin al-Abbas bin Utsman bin Saafi’ bin as-Saa’ib bin Ubaid bin Abd bin Yazid bin Hasyim bin al-Muthalib bin Abdi Manaf sememangnya terkenal sebagai salah seorang Imam Empat Mazhab yang gigih menuntut ilmu sejak kecil.

Pada usia 7 tahun beliau sudah mampu menghafal Al-Quran dan hadis manakala pada umur 17 tahun, beliau sudah diminta berfatwa. Keunggulan ilmunya tidak dapat disangkal lagi. Berikut antara kata-kata bermakna tentang kehidupan yang pernah dituturkan oleh Imam Syafie:

#1 – Ilmu Bukan Sekadar Dihafal

“Ilmu itu adalah yang bermanfaat bukanlah ilmu itu yang hanya sekadar dihafal”

#2 – Perut Kenyang Menjadikan Malas Beribadah

“Belum pernah aku merasakan kenyang semenjak
sepuluh tahun yang lalu kecuali sekali, itupun aku muntahkan
dengan cara memasukan jari kedalam tenggorokan. Kerana rasa
kenyang membuat badan menjadi malas dan membuat hati keras,
serta menghilangkan kecerdasan, membawa rasa kantuk dan
membuat malas beribadah”.

#3 – 4 Perkara Yang Akan Menyempurnakan Diri

“Tidaklah sempurna seseorang melainkan dengan empat perkara; agama, amanah,
penjagaan, dan keteguhan”.

#4 – Tanda Orang Berakal

“Orang yang berakal ialah yang mengekang akalnya dari semua perkara yang tercela”

#5 – Kepentingan Meninggalkan Nafsu Syahwat

“Barangsiapa enggan meninggalkan syahwat maka
dirinya tidak akan terpisah dari menyembah dunia”

#6 – Kebaikan Di 5 Perkara

“Kebaikan ada di lima perkara, kaya hati, tidak menganggu orang
lain, usaha halal, bertakwa, dan percaya kepada Allah Subhanahu
wa ta’alla”.

#7 – Rahsia Hati Bersinar

“Jauhilah perbuatan maksiat, dan meninggalkan perkara
yang tidak berguna nescaya itu akan menyebabkan hatimu bersinar,
biasakanlah dirimu menyendiri dan jangan banyak makan, dan hati-hatilah bergaul dengan orang bodoh dan orang yang enggan
melayanimu”

#8 – Jangan Bercakap Hal Tidak Berguna

“Apabila engkau berbicara pada perkara yang tidak berguna nescaya ucapanmu akan menguasaimu bukan kamu yang menguasainya”.

A-Muzni mengisahkan bahawa dia pernah menziarahi Imam Syafie ketika sakit. Imam Syafie menangis tersedu-sedu, lalu berkata dalam bait syair:

“Tatkala hatiku keras dan terasa sempit keyakinanku
Aku jadikan rasa harap pada Allah sebagai tanggaku

Betapa besar dosa yang ku perbuat, namun ketika aku bandingkan
Dengan ampunan Rabbku, sungguh ampunan -Nya lebih besar

Senantiasa Engkau Maha Pengampun atas segala dosa
Penyayang lagi mengampuni, menganugerahi serta
memuliakan

Sumber: “Kitab Mawaqif Muassirah min Sirah Imam Syafie” yang telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Indonesia


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Psikologi di universiti yang sama. Seorang yang suka membaca pelbagai genre bahan bacaan terutama sejarah, sastera, motivasi dan psikologi.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami