Tokoh

8 Fakta Tentang Mufti Menk Yang Mungkin Anda Tidak Tahu

Oleh Natirah Azira  •  25 Jan 2019  •  3 min baca

Siapa yang tidak mengenali Mufti Menk. Beliau antara ulama’ yang dikenali dan disayangi di seluruh dunia tidak kira oleh umat Islam atau bukan Islam. Pihak Sense Islam telah mengeluarkan satu video yang mendokumentasikan beberapa ‘fun-facts’ tentang Mufti Menk. Berikut antaranya.

#1- Anak Kepada Seorang Ulama

Mufti Menk merupakan anak ke-8 daripada 9 adik-beradik. Bapanya yang bernama Sheikh Maulana Musa Menk merupakan seorang ulama dan Imam di Masjid Zimbabwe.

#2- Mula Belajar Menghafal Pada Usia Tiga Tahun

Mufti Menk mula menghafal sebahagian daripada Surah At-Taubah pada usia tiga tahun – hasil daripada apa yang didengarnya daripada kanak-kanak yang datang ke rumahnya untuk mempelajari Al-Quran.

#3- Dijangkakan Akan Menjadi Seorang Hafiz

Ulama-ulama yang pernah datang ke rumah ayahnya ketika kecil pernah menyuruh Mufti Menk membaca ayat Al-Quran. Tatkala mendengar bacaannya, salah seorang daripada mereka berkata bahawa beliau akan menjadi seorang Hafiz (orang yang menghafal seluruh Al-Quran) pada masa hadapan.

#4- Seorang Yang Cintakan Ilmu

Mufti Menk seorang yang cintakan ilmu. Beliau mula menghafal Al-Quran pada usia 9 tahun dan menyelesaikannya pada usia 12 tahun. Beliau belajar Bahasa Arab sejak kecil di samping belajar Syariah daripada ayahnya. Beliau kemudian mendapat Ijazah Syariah di Universiti Madinah dan juga mengambil pengkhususan dalam bidang fatwa di Darul Ulum, Kantharia, Gujerat India.

#5- Seorang Yang Cepat Marah Ketika Remaja

Beliau seorang yang cepat marah ketika remaja (kira-kira ketika berusia 14 hingga 18 tahun). Adik-beradiknya memperakui bahawa beliau tidak boleh diprovok. Mufti Menk mengatakan bahawa Allah telah menyelamatkannya daripada sikap tersebut apabila beliau mula berhijrah ke Madinah. Kini beliau sangat sukar untuk marah.

#6- Cintakan Aktiviti Kemanusiaan Dan Pendidikan

Beliau aktif dalam aktiviti mengajar, memberikan ceramah dan kelas pengajian ilmu, serta mengelolakan pusat pengajian Islam bagi golongan yang kurang berkemampuan dan juga anak yatim. Beliau juga merupakan Ketua Majlis Fatwa Zimbabwe dan salah seorang imam di Masjid Al-Falah.

#7- Aktif Di Media Sosial

Beliau mula aktif di media sosial pada tahun 2011. Mufti Menk mempunyai lebih kurang 3 juta pengikut di Facebook, 4 juta pengikut di Twitter, 300 ribu pengikut di Youtube dan juga 1.2 juta pengikut di Instagram. Twitter merupakan tempat beliau aktif memberikan nasihat dan berinteraksi dengan orang ramai secara konsisten.

#8- Memperoleh Beberapa Anugerah

Mufti Menk juga memperoleh pengiktirafan antarabangsa contohnya Anugerah Doktor Kehormat dalam Bimbingan Sosial oleh Kolej Aldersgate. Pada tahun 2015 pula beliau menerima anugerah Kepimpinan Global dalam Bimbingan Sosial(Global Leadership in Social Guidance)

Semoga kita dapat mengambil pengajaran daripada perjalanan hidup Mufti Menk. Semoga Allah memberikan kesejahteraan hidup serta ganjaran kebaikan atas usaha dakwah yang beliau lakukan.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Psikologi di universiti yang sama. Seorang yang suka membaca pelbagai genre bahan bacaan terutama sejarah, sastera, motivasi dan psikologi.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami