Ibadah

8 Amalan Membina Rumah Di Syurga

Oleh Abu Basyer  •  15 Oct 2015  •  4 min baca

Mempunyai rumah besar, cantik dan penuh kemudahan dan keselesaan adalah keinginan setiap manusia. Di dunia ini, untuk mempunyai rumah yang besar dan cantik harus bekerja keras dahulu mencari wang ringgit, kerana harganya yang mahal.

Berbeza dengan membangun rumah di syurga. Yang diperlukan adalah kekuatan untuk beramal soleh dan menahan hawa nafsu. Tentu rumah di syurga jauh lebih indah dan nyaman, tak mungkin dapat digambarkan oleh akal fikiran kita.

Rasulullah SAW telah menyatakan kepada umatnya tentang 8 amalan-amalan yang apabila dilakukan oleh manusia, maka Allah SWT akan membangunkan sebuah rumah untuknya di syurga.

Perkara-perkara tersebut adalah seperti berikut :

1. Membangunkan (Membina) Masjid Walaupun Hanya Sedikit

Rasulullah SAW bersabda:

“Barangsiapa yang membangun masjid kerana Allah walaupun hanya sebesar sangkar burung atau lebih kecil dari itu, Allah akan bangunkan untuknya sebuah rumah di syurga.” Hadis Riwayat Ibnu Majah

2. Menjaga Solat Duha Empat Rakaat dan Qabliyah Zuhur 4 Rakaat

Rasulullah SAW bersabda:

“Barangsiapa yang solat Duha empat raka’at dan qabliyah Zuhur empat raka’at, akan dibangunkan untuknya sebuah rumah di syurga.” Hadis Riwayat al-Thabrani

3. Menjaga Solat Sunat Rawatib 12 raka’at

Rasulullah SAW bersabda:

“Barangsiapa yang solat (rawatib) sehari semalam 12 rakaat, maka Allah SWT akan bangunkan untuknya sebuah rumah di syurga.” Hadis Riwayat Muslim, An Nasai, Abu Dawud dan Ibnu Majah

Solat 12 rakaat itu adalah dua rakaat qobliyah (sebelum) Subuh, empat sebelum Zuhur dan dua setelahnya, dua setelah Maghrib, dan dua setelah ‘Isya sebagaimana yang disebutkan dalam riwayat Imam al-Tirmidzi.

4. Membaca Surat al-Ikhlas Sepuluh Kali (10 x)

Rasulullah SAW bersabda:

“Barangsiapa yang membaca “Qulhuwallahu ahad” sepuluh kali, Allah akan bangunkan untuknya sebuah rumah di syurga.” Hadis Riwayat Ahmad

5. Membaca Doa Masuk Pasar

Rasulullah SAW bersabda:

“Siapa yang masuk pasar lalu mengucapkan:

“Laa ilaaha illallah wahdahu laa syariika lahu, lahulmulku walahulhamdu yuhyii wayumiitu wahuwa hayyun laa yamuutu biyadihil khoir wahuwa ‘alaa kulli syain qodiir.”

Allah akan menuliskan untuknya sejuta kebaikan, menghapus darinya sejuta keburukan, mengangkat untuknya sejuta derajat, dan membangunkan untuknya sebuah rumah di syurga.” Hadis Riwayat At Tirmidzi, Ahmad, Ibnu majah dan Al Hakim

6. Mengucapkan Alhamdulillah Dan Istirja’ Ketika Anak Kita Meninggal Dunia

Rasulullah SAW bersabda:

“Apabila anak seorang hamba meninggal dunia, Allah berfirman kepada malaikatNya, “Kalian telah mencabut nyawa anak hambaku?” Mereka berkata, “Benar.” Allah berfirman, “kalian telah mencabut nyawa buah hatinya?” Mereka menjawab, “Benar.” Allah berfirman, “Apa yang diucapkan oleh hambaku?”

Mereka berkata, “Ia memujimu dan mengucapkan istirja’ (innaa lilaahi wa innaa ilaihi rooji’uun).” Allah berfirman, “Bangunkan untuk hambaku di syurga, dan namai ia rumah pujian.” Hadis Riwayat al-Tirmidzi

7. Akhlak Yang Mulia

Rasulullah SAW bersabda:

“Aku menjamin dengan rumah di pinggir syurga bagi orang yang meninggalkan pertengkaran walaupun ia dipihak yang benar.

Aku menjamin dengan rumah di tengah syurga bagi orang yang meninggalkan dusta walaupun untuk ketika bercanda (bergurau senda).

Aku menjamin dengan rumah di syurga yang paling tinggi bagi orang yang baik akhlaknya.” Hadis Riwayat Abu Dawud

8. Iman, Islam, Hijrah dan Jihad

Rasulullah SAW bersabda:

“Aku menjamin orang yang beriman kepadaku, masuk islam dan berhijrah dengan sebuah rumah di pinggir syurga, di tengah syurga, dan syurga yang paling tingggi.

Aku menjamin orang yang beriman kepadaku, masuk islam dan berjihad dengan rumah di pinggir syurga, di tengah syurga dan di syurga yang paling tinggi.

Barangsiapa yang melakukan itu, ia tidak membiarkan satupun kebaikan, dan lari dari semua keburukan, ia meninggal, di mana saja Dia kehendaki untuk meninggal.” Hadis Riwayat al-Nasai, ibnu Hibban dan al-Hakim

Itu adalah amalan-amalan untuk membangun rumah di syurga. Namun sebuah rumah perlu bilik-bilik dan kebun sehingga menjadi lebih sejuk dan nikmat dipandang mata.

Adapun untuk membuat bilik-bilik yang istimewa, Rasulullah SAW bersabda:

“Sesungguhnya di syurga ada bilik-bilik yang luarnya tampak dari dalam, dan dalamnya tampak dari luar.” Abu Musa Al Asy’ari berkata, “Untuk siapa ia wahai Rasulullah?”

Baginda bersabda, “Untuk orang yang baik ucapannya, memberi makan dan solat di waktu malam.” Hadis Riwayat al-Thabrani dan al-Hakim

Adapun untuk menanam pohon di syurga, ia adalah zikir kepada Allah sebagaimana dalam hadis:

“Aku bertemu dengan Ibrahim di malam Isra & Mi’raj. Ia berkata kepadaku:

“Hai Muhammad, sampaikan salamku untuk umatmu dan kabarkan kepada mereka bahawa syurga itu tanahnya baik, airnya tawar, dan kini tanahnya masih kosong, dan tanamannya adalah Subhanallah, Alhamdulillah, Laa ilaaha illallahu, Wallahu akbar.” Hadis Riwayat al-Tirmidzi

Subhanallah! Rumah itu kini mempunyai bilik-bilik yang istimewa, dan kebun-kebun yang indah. Untuk inilah kita berlumba-lumba.

Ya Rabb kami, beri kami kekuatan untuk senantiasa beramal soleh, dan istiqomah di jalan-Mu sampai akhir hayat kami. Aamiiin


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Abu Basyer

Berminat dengan kerja-kerja dakwah dan tarbiyyah melalui tulisan terhadap semua peringkat dalam masyarakat umum umat Islam. Semoga dengan sumbangan yang sedikit ini dapat membantu kerja-kerja dakwah untuk menyedarkan masyarakat.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami