Remaja

7 Tips Pemuda Unggul

Oleh Rasyidah Rahmat  •  4 Jan 2019  •  5 min baca

Masa muda adalah antara masa terbaik untuk membina peribadi diri yang unggul. Masa muda ini kita masih bertenaga, kuat dan penuh semangat waja yang sukar diperoleh apabila kita sudah melalui fasa veteran nanti.

Bukanlah bererti orang veteran kian layu tetapi pada usia bergelar remaja, pemuda, syabab ini semangatnya begitu luar biasa. Jiwa sentiasa bekobar-kobar untuk melakukan kebaikan.

Dalam membentuk keperibadian yang unggul, suka saya berkongsi sedikit resepi kejayaan bagi menjadikan diri kita seorang pemuda yang berkualiti!

Kita singkap sebentar sejarah Islam yang memiliki pemuda-pemuda yang sungguh berkaliber, hebat dan berilmu pengetahuan yang luas sehinggakan mampu menjadi orang-orang besar ketika di usia muda! Subhanallah!

Baiklah, mari kita lihat apakah 7 resepi menjadi pemuda yang berkualiti!

Resepi #1: Agama Itu Oksigen

Cuba kita lihat remaja hari ini. Kita tinjau di media sosial begitu banyak perkembangan baru yang menjadi ikutan remaja kita.

Saya juga remaja, perasaan ingin mengikut segala trend dan perkembangan dunia hari ini sudah pastinya akan terlintas di fikiran.

Namun, perlu adanya kesedaran dengan menekan butang ‘pause’ sebentar adakah apa yang kita lakukan itu selari dengan tuntutan syariah dalam agama kita?

Sesungguhnya agama itu umpama oksigen dalam kehidupan manusia. Kita bernafas dengan nafas Islam, kita sentiasa beramal dengan cara hidup orang Islam bukan sekadar nama sahaja Islam atau hanya Islam di kad pengenalan.

Cuba kita fikirkan sejenak sejauh mana kita menjadikan Islam sebagai cara hidup sepertimana kita bernafas menggunakan oksigen?

Resepi #2: Going The Extra Miles

Terdapat dua perkara yang penting bagi mempersiapkan diri untuk berjaya iaitu tidak mudah menyerah. Sebagai contoh, jika seseorang itu mengulang kaji pelajaran selama satu jam, malah orang yang berjaya itu akan belajar selama lima jam.

Jika orang lain berlari dua kilometer, dia akan berlari tiga kilometer. Jika orang lain menyerah pada detik ke 10, dia tidak akan menyerah sehingga detik yang ke dua puluh.

Dia sentiasa berusaha untuk meningkatkan diri lebih daripada orang biasa. Oleh sebab itulah kita harus mencontohi orang yang memegang prinsip “Going the extra miles”.

Perkara kedua ialah membudayakan “Going the extra miles”. Lebihkan usaha, waktu dan upaya serta tekad yang tinggi lebih daripada orang lain.

Maka, kita akan mencapai sebuah kejayaan yang lebih sukses daripada orang biasa-biasa yang berjaya.

Resepi #3 : Hindari Pengaruh Luar

Hendaklah menjaga diri kita daripada pengaruh luar yang boleh mendominasi jiwa dan pemikiran kita yang bertindak ke arah perkara yang negatif.

Tidak terlalu memikirkan apa yang orang kata dan terlampau melayani perasaan marah, kecewa dan sedih yang boleh membelenggu diri kita menjadi manusia yang pasif.

Kitalah yang berkuasa ke atas diri kita untuk mengatur jalan kehidupan pada masa akan datang. Jangan biarkan diri kita kesal dan marah kerana ia hanyalah akan merugi dan menghabiskan tenaga kita. Tetapi, hadapilah dengan berlapang dada dan belajar daripadanya.

Resepi #4: Ilmu Itu Pada Hati Yang Terang

Ilmu adalah perkara terpenting untuk menjadikan diri kita seorang manusia. Ilmu itu sangat besar nilainya sehinggakan disebut bagi sesiapa yang menuntut ilmu dengan niat yang ikhlas, dia mendapat kehormatan sebagai mujahid (pejuang Allah).

Bahkan, jika kita meninggal dunia ketika menuntut ilmu diganjari pula seperti seorang yang mati syahid. Masya-Allah!

Di waktu muda inilah kerahkan seluruh tenaga yang ada, berikan yang terbaik dalam apa jua yang diusahakan. Lebih-lebih lagi dalam menuntut ilmu.

Resepi #5 : Qiamulail

Sungguh Allah S.W.T sangat dekat dengan hamba-hamba-Nya. Allah S.W.T sangat mencintai pemuda yang sanggup berjaga malam demi melaksanakan ibadah kepada-Nya.

Inilah salah satu rahsia kejayaan tentera Islam sewaktu menghadapi peperangan sewaktu dahulu iaitu dengan menjaga ibadah qiamulail.

Inilah rahsia kekuatan yang Allah S.W.T anugerahkan kepada hamba-Nya yang istiqomah melaksanakan ibadah di sepertiga malam.

Apabila Allah memberikan kudrat kepada kita untuk bangun di waktu ini, maka rebutlah peluang untuk beribadah kepadanya. Inilah senjata kekuatan kita untuk menghadapi ujian di siang hari.

Resepi #6 : Menjaga Keikhlasan

Hadis tentang niat disusun pada angka yang terawal di dalam kitab hadis Imam Nawawi. Hal ini menunjukkan betapa signifikan tentang niat itu sangat ditekankan dalam kehidupan seorang Muslim.

Niat ini yang membawa kita ke arah mana yang ingin dituju. Niat juga yang boleh mengubah perjalanan kita pada asalnya. Dalam makna ikhlas, sama sekali tidak ada transaksi yang merugikan. Nothing to lose.

Semuanya dikerjakan secara all-out dengan mutu terbaik. Kerana hati orang yang ikhlas dan menjaga niat sedar bahawa cukuplah Allah S.W.T yang mengatur segalanya dalam kehidupannya.

Oleh itu, orang yang ikhlas selalunya kita melihat kejayaan mereka luar biasa daripada yang biasa. Begitulah hebatnya kuasa niat dan keikhlasan.

Resepi #7 : Mencintai Al-Quran

Mencari para hafiz itu ramai, tetapi untuk mencari remaja yang mencintai Al-Quran tidak semudah itu. Mencintai Al-Quran bukanlah bererti dia menghafaz Al-Quran semata-mata.

Tetapi, apabila seseorang itu mencintai Al-Quran ini bermakna dia juga mencintai segala perintah dan menghayati isi di dalam Al-Quran.

Inilah kunci terhebat untuk melahirkan seorang pemuda yang berkualiti. Bukan sekadar bicara di mulut tetapi mengamalkan dengan sepenuh hati.

Subhanallah! Mudah-mudahan kita semua dapat memulakan dari sekarang juga untuk membina keperibadian unggul dalam diri kita. Semoga kita menjadi pemuda yang dicintai Allah dan Rasul-Nya. Aminn.

Rujukan;
Buku Negeri 5 Menara, karya A. Fuadi


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Rasyidah Rahmat

Rasyidah Rahmat

Suka mencuba perkara baru dan sangat meminati bidang penulisan dan membaca buku dalam semua genre. Karya pertama yang diterbitkan iaitu dalam siri antologi cerpen Negeri Terengganu. Merupakan mahasiswa tahun akhir sarjana muda syariah di UIN STS Jambi, Indonesia.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami