Wanita

7 Tips Berpakaian Buat Wanita Muslim

Oleh Marina  •  5 Aug 2017  •  2 min baca

Wanita dan bercantik-cantik memang tidak dapat dipisahkan. Seharian tidak jumpa cermin seakan tidak lengkap hidupnya.

Pantang terlihat cermin, pasti berhenti sebentar lalu membetulkan apa yang patut, sekalipun tiada cacat celanya.

Namun, dalam menata rias diri ada beberapa perkara yang perlu dititik beratkan. Antaranya seperti berikut;

#1 -Menutup Kepala Dan Betis Di Hadapan Lelaki Ajnabi (Asing)

Dari Fatimah binti Qais diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w berkata;

“Sesungguhnya aku tidak suka jika tudungmu terlepas atau terbuka kain yang menutupi kedua betismu.”Hadis Riwayat Muslim

#2 – Melabuhkan Pakaian

Firman Allah s.w.t yang bermaksud;

“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan jilbab (pakaian) mereka ke atas tubuh mereka; cara yang demikian untuk mereka lebih dikenali (sebagai perempuan yang baik-baik), maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”Surah Al-Ahzab:59

#3 – Menutup Bahagian Dada

Firman Allah s.w.t yang bermaksud;

“Dan, janganlah mereka memperlihatkan perhiasan (tubuh) mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka.”Surah An-Nur:31

#4 – Tidak Menyamai Pakaian Agama Lain

“Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia dalam kalangan mereka.”Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud

#5 – Tidak Bertelanjang

“Ada dua golongan penghuni neraka yang belum pernah aku lihat… dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi bertelanjang.”Hadis Riwayat Muslim

#6 – Elakkan Wangian Yang Mengghairahkan

Dari Abu Musa Al-Asya’ari, dia berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda;

“Apabila seseorang wanita memakai minyak wangi, lalu dia melewati suatu kaum hingga mencium aromanya, maka dia adalah wanita begini dan begini. Rasulullah s.a.w menyatakannya dengan nada tinggi.”

Wangi-wangian jika dipakai untuk menghilangkan bau yang kurang enak di badan adalah diharuskan.

Akan tetapi, jika ia dipakai dengan tujuan untuk memikat lelaki asing sehingga mengghairahkan si lelaki untuk mendekatinya, maka beringatlah akan peringatan Baginda Nabi s.a.w seperti di atas.

Hal ini berbeza bagi pasangan suami isteri yang berwangi-wangian untuk menggembirakan pasangan masing-masing, ia dinilai sebagai ibadah.

#7 – Tidak Menyerupai Pakaian Lawan Jenis

Sebaiknya, elakkan daripada memakai pakaian berlainan jenis sehingga menyukarkan orang lain untuk mengenal pasti jantina kita.

Berpakaianlah sesuai dengan keperibadian kita sebagai seorang wanita Muslim yang sentiasa memelihara diri tatkala keluar dari rumah.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud;

“Wanita terbaik ialah yang menyenangkan hatimu dan menyejukkan jiwamu apabila engkau memandangnya, menurut dan patuh apabila engkau menyuruh, dan menjaga dirinya di belakangmu, serta menjaga hartamu.”Hadis Riwayat Tirmizi


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Marina

Merupakan graduan dari UNISZA, Terengganu dalam bidang Pengajian Islam dengan hasrat menggabungkan pelbagai pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki untuk manfaat komuniti. Menulis adalah salah satu dari minatnya dan beliau turut menghasilkan sebuah karya pertamanya yang berjudul , '' Himpunan Kisah Kaum-Kaum Binasa''.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami