Gaya Hidup

7 Tip Mengenal Dan Menyerlahkan Potensi Diri

Oleh Azian Mohamed Isa  •  10 Jun 2020  •  3 min baca

Potensi diri amat berkait rapat dengan kekuatan atau bakat yang ada pada seseorang individu. Sifatnya sangat eksklusif dan hanya unik kepada individu tersebut.

Dengan bakat tersebut, seseorang itu dipuji dan dikagumi, diberikan penghargaan dan menjadi ikutan atau contoh tauladan kepada orang awam. Atas dasar itu, individu tersebut berasa senang, selesa dan berkeyakinan.

Tidak dinafikan, bakat inilah yang membezakan individu itu daripada orang lain. Ia juga menentukan kedudukan individu itu dalam kalangan rakan sejawatan atau rakan pesaing, sama ada duduknya di peringkat perantis ataupun profesional.

Jalaluddin Rumi, seorang penyair sufi berpendapat manusia sering kali kurang sedar potensi diri dan bersikap positif. Sikap positif dapat dibentuk jika manusia memiliki fikiran dan jiwa yang terang dan terbuka. Rumi memandang manusia sebagai makhluk yang memiliki tenaga rahsia yang jika digunakan dengan betul dan bersungguh-sungguh dapat meningkatkan potensi diri seseorang.

Bagaimana mahu mengenal dan menyerlahkan potensi diri?

#1- Senaraikan Perkara-perkara Yang Anda Minati

Dalam hal-hal yang disenaraikan, kenal pasti subjek/topik yang anda mahir untuk mengajar, aktiviti yang mengasyikkan, sehingga anda terlupa akan waktu dan isu/topik yang ramai orang jadikan anda sebagai rujukan.

#2- Kenali Diri Anda

Kenal pasti apa-apa kemahiran yang anda kerap dan teruja untuk lakukan dan dapat lakukannya dengan mudah. Sebagai contoh merakam dan menyunting video, melukis atau menulis.

#3- Tambah Ilmu

Kenal pasti apa-apa halangan yang membuatkan anda bersemangat dan teruja untuk mengatasinya. Anda mungkin tidak begitu yakin bercakap di hadapan khalayak. Namun, anda berasa kemahiran itu sangat penting untuk meningkatkan prospek kerjaya anda. Jadi, anda tekad untuk belajar memperbaiki kelemahan itu.

#4- Bijak Cari Ruang Dan Rebut Peluang

Kenal pasti apa-apa kemahiran dan kepakaran yang sangat penting untuk anda pada masa sekarang. Contohnya, menggunakan teknologi, platform digital dan media sosial untuk memajukan bisnes.

#5- Sejarah Sangat Membantu

Kenal pasti pencapaian anda pada masa lalu yang membanggakan anda. Anda mungkin seorang ahli pidato pada zaman persekolahan, mewakili kelas atau sekolah dalam pertandingan. Dalam hal ini, anda boleh asah kemahiran dalam bidang pengucapan awam dan jadikan sebagai platform untuk memberi manfaat kepada umum.

#6- Bertanya Kepada Kenalan

Ada kemungkinan rakan lebih mengetahui kekuatan anda dalam satu-satu perkara berbanding diri anda sendiri. Ini membolehkan anda melihat diri anda daripada perspektif atau pandangan orang luar. Minta kenalan anda senaraikan tiga kekuatan dan tiga kelemahan diri anda. Padankan dengan penilaian peribadi anda. Maklumat yang diperolehi itu nanti amat berguna untuk pembangunan potensi diri.

#7- Mohon Petunjuk Kepada Allah

Dalam apa-apa jua perkara yang memerlukan keputusan dan jawapan, bertanyalah kepada Allah. Mohon pimpinan dan bimbinganNya menerusi doa dan solat Istikharah. Dalam masa yang sama, berdoa kepadaNya supaya direzekikan lagi dengan bakat dan ilham untuk menyebar manfaat kepada ummah.

Pencarian mengenali diri atau self-discovery sangat berkait rapat dengan perjalanan hidup seseorang dalam mencari kekuatan diri dan makna kehidupan. Ia adalah satu proses yang berterusan dan memerlukan kesungguhan. Dalam setiap jatuh dan bangun, kita belajar dan berkembang.

Jika gagal, kenal pasti mana-mana ruang kelemahan. Cari jalan untuk memulihkan keadaan. Jika berjaya, kenal pasti di mana rumusnya. Jadikan rumus ini untuk gandakan kejayaan demi kejayaan. InsyaAllah, dengan niat yang betul, segala potensi diri yang anda miliki dapat disalurkan untuk memberi manfaat kepada ummah.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Azian Mohamed Isa

Pemegang Sarjana dalam bidang Sains Biologi, pernah menyandang jawatan pensyarah. Kini seorang penulis sepenuh masa. Seorang pemikir dan pengembara. Kisah kembaranya di Xi’an, China dan Pulau Mauritius boleh diikuti di dalam majalah E&T yang diterbitkan oleh MySet, myset.org.my. Juga seorang penulis yang telah menerbitkan lima buah buku di bawah Galeri Ilmu

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami