Inspirasi

#7 – Selama Ni Kita Puasa Ke?

Oleh Natirah Azira  •  1 May 2020

Alhamdulillah kita sudah sampai ke hari ketujuh Ramadan. Diharapkan semua masih bersemangat melaluinya.

Semua orang tahu bahawa puasa adalah fasa menahan lapar dan dahaga. Namun bukan itu sahaja, kita juga perlu menahan diri daripada termasuk ke dalam perangkap yang dapat mengurangkan keberkatan ibadah puasa.

Hati kita juga perlu berpuasa.

Ha? Apa maksud hati yang berpuasa?

Iaitu hati yang jauh daripada sifat-sifat mazmumah (buruk) seperti dengki, ingin menunjuk-nunjuk, suka menceritakan keburukan orang, bersangka-sangka dan segala macam penyakit hati lagi.

Kita berlapar tapi tanpa sedar, hati kita tidak puasa dan tetap mengumpul dosa.

Puasa adalah ibadah bersifat dalaman, bermakna hanya Allah sahaja yang tahu adakah kita benar-benar berpuasa atau tidak.

Jadi, jangan lupa untuk sentiasa semak dan nilai keadaan hati kita dari semasa ke semasa. Semoga kita mampu mendidik hati yang turut berpuasa. InsyaAllah.

Salam Ramadan Berimpak Maksima!


Kongsikan Video Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan video ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Psikologi di universiti yang sama. Seorang yang suka membaca pelbagai genre bahan bacaan terutama sejarah, sastera, motivasi dan psikologi.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami