Keluarga

7 Rahsia Mendidik Anak

Oleh Ustaz Farid Ahmad  •  1 Dec 2015  •  2 min baca

7 Rahsia mendidik anak dari Ustaz Farid Ahmad.

Rahsia #1

Apabila melihat anak menangis, jangan buang waktu untuk mendiamkannya. Cuba tunjuk awan atau burung di langit agar anak melihatnya. Anak akan terdiam kerana psikologi manusia ketika menangis adalah menunduk.

Rahsia #2

Jika ingin anak berhenti bermain, jangan kata: “Sudah, berhenti main!”. Tapi katakan kepada mereka: “Main 5 minit lagi ya”. Kemudian ingatkan kembali: “Dua minit lagi ya”. Kemudian barulah kata: “Waktu main sudah habis”. Mereka akan berhenti bermain.

Rahsia #3

Jika anak-anak berbalah atau bergaduh, dan anda ingin meleraikan mereka, maka katakanlah: “Siapa mahu mendengar saya bercerita, angkat tangan.” Salah seorang akan mengangkat tangan, kemudian disusul dengan anak-anak yang lain, dan semuanya akan diam.

Rahsia #4

Katakan kepada anak-anak sebelum tidur: “Jom tidur sayang.. besok pagi kita solat subuh”, maka perhatian mereka akan selalu ke akhirat. Jangan kata: “Tidur sayang, besok kan sekolah”, akhirnya mereka tidak solat subuh karana perhatian harinya kepada dunia.

Rahsia #5

Nikmati masa kecil anak-anakmu, karana waktu akan berlalu sangat cepat. Kenakalan anak-anak tidak akan lama dan ia akan menjadi kenangan. Bermainlah bersama mereka, ketawa bersama mereka, bergurau bersama mereka. Jadilah anak kecil saat bersama mereka, ajarlah mereka dengan cara yang menyeronokkan.

Rahsia #6

Tinggalkan HP dan matikan TV jika mampu. Jika ada teman yang telefon, katakan: “Maaf, sekarang saya sedang sibuk bersama anak-anak”. Ibu bapa yang bijak tahu bagaimana cara untuk mengimbangi urusan luar dan pendidikan anak.

Rahsia #7

Selain itu, jangan lupa berdoa dan bermohon kepada Allah, agar anak-anak kita menjadi perhiasan yang menyenangkan, baik di dunia mahupun di akhirat.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Ustaz Farid Ahmad

Ustaz Farid Ahmad

Da'i dan ulama' Internasional, pakar Ajaran Syi’ah Internasional, Pendiri Majlis Intelektual dan Ulama Muda Indonesia (MIUMI).

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami