Inspirasi

7 Pesanan Untuk Anak Yatim

Oleh Ahmad Saifuddin  •  1 Nov 2015  •  2 min baca

Buat anak-anak yang kehilangan ibunda tercinta. Kita telah dipilih Allah untuk menghadapi ujian di usia kawan-kawan lain masih dapat bermanja dengan ibunda mereka. Anak-anak mesti memahami beberapa perkara :

#1 Apabila ibu tidak ada, kita hilang seorang yang paling faham tentang diri kita. Ayahanda belum tentu faham kita seperti ibu.

Apa perlu buat? Bertahan, diam, bertahan, tidak merungut atau mengeluh.

#2 Tidak ada orang yang dapat menguruskan hal peribadi kita. Makan pakai kita, sakit demam kita. Walaupun memang ada yang sanggup menjaga kita. Namun, mereka juga ada urusan sendiri.

Berdoa setiap hari supaya diberi kesihatan setiap hari. Berdoa supaya tidak menyusahkan orang lain.

#3 Cubalah bergaul dan berkawan-kawan. Banyakkan berkongsi dan menolong. Orang yang suka menolong mudah disukai walaupun kita tidak ada rupa yang menawan.

#4 Apabila dikutuk atau dikritik. Ketap gigi kuat-kuat. Diam, jangan melawan. Apabila kita luka, kita menyusahkan orang pula. Tahan amarah diri. Biarlah orang kata penakut, daripada kita menyusahkan orang lain.

#5 Cari hiburan seorang diri. Ada permainan boleh dimain seorang diri. Antara yang seronok adalah origami.

#6 Banyakkan membaca. Bacalah apa sahaja untuk menambah kosa kata. Membaca dapat menghilangkan rindu yang teruk pada insan tercinta.

#7 Elakkan dari meminta-minta. Tabiat itu sangat buruk. Memanglah orang akan kasihan pada kita si anak yatim kematian ibu. Tetapi, jangan sesekali ambil kesempatan. Andai ibu masih ada, tentu ibu tidak suka.

Selamat bertahan.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Ahmad Saifuddin

Ahmad Saifuddin

Salah seorang Tim Pengkaji Hadith Psikologi. Sedang menjalankan kajian hadith dan sirah dari aspek psikologi, motivasi, bisnes dan marketing. Sekarang sedang menyambung pengajian di peringkat PhD dalam bidang Pengajian Hadith di Universiti Malaya.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami