Inspirasi

7 Pesanan Tentang Hidup Dari Yasmin Mogahed Untuk Anda

Oleh Natirah Azira  •  25 Oct 2018  •  1 min baca

#1

Jangan takut untuk memberi. Beri dan beri. Beri masa, beri kemaafan, kasih sayang. Berikan wang. Berilah kepada makhluk ciptaanNya maka Dia akan memberi semula kepada anda. Jadilah pemurah, maka Allah juga akan bersikap pemurah kepada anda.

#2.

Bagi mereka yang merasakan bahawa imannya menurun, ingatlah tidak ada dosa yang sangat besar yang tidak mampu diampunkan oleh Allah. Keampunannya tiada batas. Jarak yang sangat jauh mampu dicapai hanya dengan satu taubat yang ikhlas.

#3.

Mendidik anak-anak hanya dengan prinsip Islam, cara pemakaian Islam, tanpa mendidik mereka tentang teras yang kuat dalam diri seperti cinta dan kebergantungan kepada Tuhan, seperti pokok tanpa akar yang kuat. Angin yang perlahan pun mampu menumbangkannya.

#4.

Ada orang yang berdukacita secara tersembunyi, ada yang terang-terangan. Jangan menghakimi bagaimana mereka belajar untuk terus bertahan dalam hidup.

#5.

Ingatlah bahawa Allah menyayangi anda lebih daripada yang mampu anda bayangkan. Allah mampu melihat kebaikan dalam diri anda sekalipun anda sendiri tidak dapat melihatnya.

#6.

Berhati-hatilah dengan hati. Ia suatu yang sangat lembut dan perlu diperlakukan dengan sangat cermat. Kerosakannya sukar dipulihkan. Maka jagalah ia dengan baik.

#7.

Tempat tinggal kita yang sebenar-benarnya ialah syurga. Masalahnya, kita cuba mencari syurga itu di dunia.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Pernah mendalami bidang Psikologi selama dua tahun dan sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Kaunseling di Universiti Sains Malaysia.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami