Ibadah

7 Kata Mutiara Fudhail Bin Iyadh

Oleh Natirah Azira  •  29 Jan 2019  •  3 min baca

Fudhail bin Iyadh merupakan seorang tokoh ulama yang terkenal daripada kalangan tabi’ tabiin (golongan yang hidup sesudah zaman para sahabat dan tabiin). Setelah dikurniakan hidayah dan cahaya petunjuk oleh Allah, beliau terkenal sebagai insan yang sangat wara’ dan takut kepada Allah. Berikut tujuh kata-kata hikmah yang pernah dituturkan oleh beliau.

#1- Sedih Dan Takut Menghalang Dari Dosa

“Kosongkan hatimu untuk sedih dan takut, sampai keduanya dapat bersarang. Apabila sedih dan takut bersarang dihatimu, maka keduanya akan membentengimu dari melakukan maksiat dan menjauhkan dirimu dari api neraka.” (Siyar A’lam An-Nubala – 8/438)

#2- Sedih Kerana Allah Di Dunia Menghilangkan Keresahan Di Akhirat

Dari Muhammad bin Thufail, dia berkata, “Aku mendengar Al-Fudhail bin Iyadh berkata,
“Sedih (karena Allah) di dunia menghilangkan keresahan di akhirat dan (terlalu) gembira di dunia menghilangkan manisnya beribadah.”

#3- Usah Memandang Tinggi Amal Diri Sendiri

“Wahai, kasihannya engkau, engkau berbuat buruk, tetapi engkau merasa berbuat baik, engkau tidak tahu, tetapi merasa selevel dengan ‘ulama’, engkau kikir, tetapi engkau merasa dermawan, engkau pandir, tetapi merasa berakal (cerdas), ajalmu pendek , namun angan-anganmu panjang.” (Siyar A’lamin Nubala – 8/440)

#4- Tentang Zuhud, Wara’ dan Tawadu’

Adz-Dzahabi berkata, “Ditanyakan kepada Al-Fudhail bin Iyadh: “Apakah zuhud itu?”. Dia menjawab, “Banyak qana’ah,” lalu ditanyakan, “Apakah wara’ itu?” Al-Fudhail menjawab, “Menjauh dari sesuatu yang dilarang Syari’at,” Dan ketika ditanyakan, “Apakah ibadah itu?” maka Al-Fudhail menjawab, “Melaksanakan sesuatu yang diwajibkan,” Lalu ditanyakan pula, “Apa itu tawadhu‘?” Al-Fudhail menjawab, “Anda tunduk kepada Yang Haq. Dan ketahuilah sesungguhnya Wara’ terberat itu terletak pada lisan.”

#5- Bagaimana Untuk Menjadi Benar-Benar Bertakwa

Al-Fudhail Rahimahullah berkata ,

“Seseorang itu tidak akan menjadi orang yang benar-benar bertakwa kecuali manakala musuhnya pun merasa aman dari kezalimannya (Siyar A’lam An-Nubala’ – 8/427)

#6- Hakikat Iman

Al-Faidh bin Ishaq berkata bahawa beliau mendengar Al-Fudhail berkata,

“Seorang hamba tidak akan menggapai hakikat iman kecuali setelah menganggap musibah sebagai nikmat, nikmat sebagai musibah, tidak peduli dengan dunia yang dinikmati dan sama sekali tidak ingin mendapatkan pujian kerana ibadah kepada Allah Taala yang ia kerjakan” (Hilyatul Auliya’ – 8/94)

#7- Tentang Tawadhu’ Dan Kebenaran

Dari Ibrahim, “Aku bertanya kepada Al-Fudhail mengenai apa itu tawadhu’. Jawapan beliau,

“Engkau tunduk dan patuh kepada kebenaran. Jika ada sebuah kebenaran yang engkau dengar dari anak kecil maka engkau menerimanya. Bahkan sebuah kebenaran yang engkau terima dari orang bodoh pun, engkau menerimanya. Sementara itu, ketika kutanya mengenai sabar dalam menghadapi musibah – jawapan beliau, dengan tidak menceritakannya” (Hilyatul Auliya’ – 8/91).

Semoga kata-kata hikmah daripada insan soleh yang dekat dengan Allah ini mampu mendekatkan juga hati kita kepada Allah. Semoga Allah mempermudahkan perjalanan kita ke arah kebaikan, InsyaAllah.

Rujukan:
Artikel ini telah diolah semula daripada artikel asal muslimah.or.id dan juga wanitasalihah.com


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Psikologi di universiti yang sama. Seorang yang suka membaca pelbagai genre bahan bacaan terutama sejarah, sastera, motivasi dan psikologi.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami