Gaya Hidup

7 Cara Berfikir Yang Salah Yang Tidak Anda Sedari

Oleh Natirah Azira  •  7 Oct 2019  •  4 min baca

Pemikiran negatif bersifat automatik dalam Bahasa Inggerisnya dipanggil (Negative Automatic Thought) . Menurut Aaron Beck, seorang doktor pakar psikiatri yang memulakan perbincangan tentang perkara ini, pemikiran negatif automatik sebenarnya adalah persepsi negatif yang kita ada terhadap diri sendiri setelah sesuatu hal terjadi. Ia biasanya akan mempengaruhi mood dan perasaan, dan boleh membawa kepada masalah cemas, ragu-ragu terhadap diri sendiri, tekanan, hilang motivasi dan sebagainya.

Jenis-Jenis Fikiran Yang Negatif

1. Berfikir Secara ‘Hitam Dan Putih’ (All or nothing thinking)

Ini bermakna anda cenderung untuk berfikir secara ‘rigid’, secara paling ekstrem atau paling kurang, atau secara berlebihan atau tidak langsung. Analoginya berfikir secara hitam putih adalah seperti ‘jika sesuatu itu tidak hitam, maka ia putih’, atau ‘jika sesuatu itu tidak putih, maka ia hitam’. Contoh lebih mudah adalah seperti di bawah:

“Jika saya tidak buat yang terbaik untuk tugasan saya, maka saya memang tak berguna”.

“Jika rakan saya marah pada saya, maknanya dia membenci saya”.

2. Terlalu Percaya Kepada Firasat Sendiri (Magical Thinking or Fortune Telling)

“Saya tahu sebenarnya apa yang dia fikirkan, saya boleh baca fikiran dia.”

“Fikiran saya sangat berkuasa, bila saya fikirkan sesuatu, mesti benda tu akan jadi.”

“Bila saya tak buat apa yang dia suruh, mesti ada perkara buruk yang akan menimpa saya.”

3. Pesimis Dan Berat Sebelah

“Semua orang tak boleh dipercayai.”

“Dunia ni tak adil langsung.”

“Perkara buruk hanya berlaku pada saya.”

4. Terlalu Cuba Untuk Menguasai Situasi Dan Mahukan Kesempurnaan(Overcontrol and perfectionism)

Ada orang yang mahu menguasai dan mengawal semua benda. Semua perkara perlu berada di bawah kawalan mereka. Kadang-kadang sikap ini boleh membawa masalah kerana individu ini tidak dapat berkompromi dengan sebarang kesilapan yang dilakukan oleh diri sendiri atau orang lain.


5. Menganggap Sesuatu Yang Terjadi Sangat Teruk (Catastrophising)

“Bila saya gagal dalam peperiksaan ni, mesti masa depan saya kelam, saya tak akan dapat kerja yang baik, semua orang akan anggap saya tak berguna.”

Mereka cenderung untuk membesar-besarkan kesilapan dan juga kegagalan yang berlaku walaupun masalah tersebut kecil sahaja.

6. Menyalahkan Orang Lain

Cenderung untuk menyalahkan orang lain sepenuhnya atas apa yang terjadi.

“Dia yang selalu buat saya sedih.”

“Saya jadi macam ni sebab dia.”

7. Macam Mana Kalau…?

Anda sering bertanya soalan “Kalau…” kerana bimbang tentang sesuatu.

“Macam mana kalau saya naik kereta, dan ada orang langgar saya.”

“Macam mana kalau saya naik kapal terbang, dan kapal terbang jatuh terhempas.”

Ia bukan sekadar fikiran yang datang sekali sekala sahaja tetapi kerisauan yang berlebihan tentang banyak perkara. Dalam situasi dia atas, kerisauan berlebihan boleh menghalang seseorang daripada memandu atau menaiki kapal terbang.

Ciri-Ciri Pemikiran Negatif

1. Selalu Negatif

Seseorang itu cenderung untuk memandang sesuatu perkara dari sudut negatif terlebih dahulu.

“Orang itu nampak marah, mungkin dia marah pada saya.”

“Saya silap buat kerja yang disuruh, mesti saya yang paling lemah dalam kelas.”

2. Membuatkan Anda Rasa Teruk Terhadap Diri Sendiri

“Saya tidak berguna.”

“Hidup saya juga tidak berguna.”

“Saya selalu buat salah.”

3. Membuatkan Anda Sabotaj Diri Sendiri

“Kalau saya buat pun, saya mungkin tak akan berjaya, jadi apa gunanya mencuba.”

Apabila mempunyai fikiran ‘sabotaj diri sendiri’, seseorang itu cenderung untuk mengkritik dan menghalang diri sendiri daripada mencuba sesuatu perkara.

4. Membuatkan Anda Lebih Mudah Mempercayai Perkara Negatif Berbanding Positif

Fikiran negatif yang anda ada terhadap diri sendiri seakan lebih mudah untuk dipercayai berbanding fikiran positif.

“Saya selalu buat silap, jadi saya orang yang paling cuai dalam kelas, dan saya paling tak boleh diharap.”

5. Pemikiran Tidak Seimbang Dan Berat Sebelah

Fikiran negatif juga biasanya berat sebelah. Jika anda fikir anda lemah dalam satu hal, maka anda akan cenderung untuk berfikir bahawa anda juga lemah dalam hal yang lain walaupun tanpa apa-apa sebab yang kukuh.

Kesimpulan

Kadang-kadang kita tidak menyedari fikiran kita adalah seperti di atas kerana telah terbiasa dengan cara fikir begitu. Kebanyakan masalah yang berlaku bermula dengan cara fikir, yang seterusnya akan mempengaruhi tindakan seseorang. Oleh itu, penting untuk sentiasa memeriksa keadaan fikiran dari semasa ke semasa.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Psikologi di universiti yang sama. Seorang yang suka membaca pelbagai genre bahan bacaan terutama sejarah, sastera, motivasi dan psikologi.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami