Eksklusif, Tokoh

#66 – Zainab Al-Ghazali, Memimpin Dengan Keberanian

Oleh Fizah Lee  •  27 Nov 2020  •  3 min baca

Zainab Al-Ghazali merupakan salah seorang tokoh pendakwah wanita yang menjadi lagenda kerana sumbangan beliau amat hebat dalam bidang kepimpinannya terutamanya di Mesir.

Nama penuh beliau ialah Zainab Muhammad al-Ghazali al-Jubaily yang merupakan keturunan daripada Khalifah Umar Al-Khattab (sebelah bapa) dan Hasan bin Ali bin Abi Talib (sebelah ibu). Bapanya merupakan seorang ulama daripada kalangan Al-Azhar.

Beliau telah dilahirkan pada 2 Janurari 1917 M bersamaan 8 Rabiul Awal 1335 H di sebuah daerah Buhairah, Mesir dalam keadaan keluarga dan persekitaran Islam yang sangat baik.

Digelar Nusaybah Kerana Peribadinya

Kehidupannya bukan seperti gadis biasa kerana beliau telah dibesarkan dalam iklim agama yang baik.

Bapanya sering mengajak beliau untuk ikut menunaikan solat Subuh berjemaah di masjid. Tidak cukup dari itu, beliau juga dilatih untuk menuntut ilmu agama bersama beberapa orang ulama Al-Azhar.

Ketika menghadiri majlis pengajian inilah memberikannya peluang untuk menuntut ilmu agama secara terus daripada ulama-ulama hebat.

Selain daripada pertambahan ilmu hasil daripada pengajian itu, beliau juga telah berjaya mengasah peribadinya untuk menjadi lebih berani dan gigih sehingga digelar Nusaybah sempena dengan nama seorang tokoh hebat pada zaman Rasulullah, iaitu Nusaybah binti Ka’ab.

Beliau juga telah menuntut ilmu di sekolah di daerahnya dari peringkat rendah dan menengah. Bukan itu sahaja, beliau menunjukkan minat untuk belajar ilmu agama terutamanya dalam bidang hadis, tafsir dan fikh.

Hal inilah yang berjaya menjadikan beliau sebagai seorang tokoh wanita yang memperjuangkan Islam berdasarkan ilmunya.

Banyak sumbangan dan perjuangan yang telah beliau lakukan. Antara yang terkenal ialah sumbangannya terhadap wanita.

#1 – Menyertai Kesatuan Wanita Mesir

Beliau telah menyertai Kesatuan Wanita Mesir pada tahun 1963 H dan melalui ciri-ciri kepimpinan yang ada padanya, beliau telah dilantik untuk pengurusan pentadbiran kesatuan tersebut.

Kesatuan ini telah memperjuangkan hak-hak wanita berdasarkan Islam sehingga mendapat perhatian ulama dari kalangan Al-Azhar.

#2 – Berdakwah Melalui Penulisan

Zainab bukan sahaja petah dalam berkata-kata, namun juga melalui penulisan. Beliau telah dilantik sebagai salah seorang editor bagi sebuah ruangan al-Da’wah yang memfokuskan kepada pembangunan rumah tangga muslim.

Beliau juga telah menerbitkan pelbagai karyanya dalam bidang dakwah seperti Ayyamim Hayati, Nahwa Ba’thu Jadid dan Asma’ Allah Al-Husna.

#3 – Perjuangan Terhadap Politik

Beliau turut terlibat dengan politik yang memfokuskan kepada aktiviti kemasyarakatan.

Kewafatan Beliau

Beliau telah wafat pada 3 Ogos 2005 ketika berusia 88 tahun disebabkan masalah kesihatan.

Namun, sehingga kini namanya tetap disebut sebagai tokoh wanita yang sentiasa memperjuangkan hak-hak manusia berdasarkan Islam.

Beliau telah mengajar kepada kita bahawa wanita juga boleh berjaya jika mempunyai ilmu dan keberanian yang jitu untuk menghadapi kehidupan ini.

Sumber:
Kajian Zainab Al-Ghazali


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami