Eksklusif, Kesihatan

#63 – Tips Untuk Mengawal Nafsu Makan Agar Hidup Lebih Sihat

Oleh Fizah Lee  •  24 Nov 2020  •  3 min baca

Satu persoalan yang ingin saya ajukan kepada anda – “Adakah anda makan untuk hidup atau hidup untuk makan?”

Rata-rata dari anda pasti pernah diajukan persoalan ini, paling tidak pun pada waktu kelas Pendidikan dan Jasmani sewaktu persekolahan dahulu.

Dan pastinya kalian sendiri mengetahui jawapan yang tepat di sebalik persoalan itu, bukan?

Makan untuk hidup – Ia adalah jawapan yang perlu disemat di hati kita semua. Kerana dengan makan, kita telah memberi hak kepada diri sendiri dan juga ia boleh membantu kita meneruskan kehidupan.

Tahukah anda, jika dahulu masyarakat mengalami masalah kekurangan zat dan vitamin, namun hari ini kita dilanda dengan masalah kesihatan disebabkan terlebih makan.

Sebuah kaji selidik daripada Kesihatan dan Morbiditi Nasional (NHMS) menunjukkan kira-kira 2.6 juta penduduk Malaysia menghidap diabetis pada tahun 2011.

Tambah Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman, pesakit diabetis di Malaysia menunjukkan angka peningkatan sebanyak 11.6 peratus pada 2006 bagi setiap orang dewasa Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas.

Antara faktornya adalah disebabkan pemakanan yang tidak seimbang dan tidak mengamalkan diet yang sihat.

Dalam Islam, kita diajar untuk makan secukupnya dan tidak berlebihan. Anjuran inilah yang membawa kepada amalan pemakanan yang betul seperti berpandukan piramid makanan.

Dari Miqdam bin Ma’dikarib RA, ia berkata bahawa beliau telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:

مَا مَلَأَ آدَمِيٌّ وِعَاءً شَرًّا مِنْ بَطْنٍ بِحَسْبِ ابْنِ آدَمَ أُكُلَاتٌ يُقِمْنَ صُلْبَهُ فَإِنْ كَانَ لَا مَحَالَةَ فَثُلُثٌ لِطَعَامِهِ وَثُلُثٌ لِشَرَابِهِ وَثُلُثٌ لِنَفَسِهِ

Maksud: “Tidak ada tempat yang lebih buruk daripada memenuhi perut keturunan Adam. Cukup keturunan Adam mengambil sumber yang boleh menegakkan tulangnya. Kalau memang menjadi suatu keharusan untuk diisi, maka satu pertiga untuk makanannya, satu pertiga untuk minumannya dan satu pertiga untuk nafasnya.” (Hadis Riwayat Ahmad, 4:132. Syeikh Syuaib Al-Arnauth mengatakan hadis ini sahih)

Ibnu Rejab RA menyebut bahawa hadis ini adalah anjuran untuk mengambil makanan mengikut keperluannya sahaja. Makan yang sedikit akan menjadikan hatinya semakin lembut, menyebabkan dirinya mempunyai pemahaman yang baik, jiwa yang semakin tenang serta mampu menahan diri dari hawa nafsu. Perkara ini berbeza dengan orang yang banyak makan.” (Jaami’ Al-‘Ulum wa Al-Hikam, 2:469)

Jadi, bagaimana untuk mengawal nafsu makan? Ini adalah beberapa tips yang boleh diamalkan.

#1 – Banyakkan minum air putih

#2 – Amalkan makan buah sebelum mengambil makanan berat

#3 – Perlahan-lahan kurangkan makanan dan minuman manis

#4 – Mengunyah berulang-ulang kali

#5 – Jangan gelojoh ketika makan

#6 – Perbanyakkan protein dalam sumber makanan

#7 – Elak urus tekanan dengan makanan

#8 – Makan hanya sebelum lapar & berhenti sebelum kenyang

Kesimpulan

Diri sendiri merupakan sokongan psikologi yang paling penting dalam usaha untuk menguruskan nafsu makan.

Jadi, tetapkan pada minda anda bahawa makan bukanlah aktiviti rutin yang perlu diamalkan, tetapi ia adalah keperluan yang tidak boleh dilakukan secara berlebihan.

#Menuju2021
#PE1H


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami