Ibadah

6 Zikir Terbaik Untuk Diamalkan

Oleh Natirah Azira  •  29 Nov 2018  •  3 min baca

Ada banyak zikir yang telah diajarkan dalam Islam. Namun apakah zikir terbaik yang boleh dijadikan amalan yang konsisten?

Mufti Abdur Rahman bin Yusuf dalam videonya ada memberitahu enam zikir terbaik hasil penelitian yang telah dilakukan oleh ilmuwan terhadap Al-Quran dan juga hadis. Berikut antaranya.

#1- Selawat

Orang yang mencintai akan banyak menyebut nama orang yang dicintainya. Maka, selawat adalah tanda cinta kita kepada Rasulullah SAW. Selawat dapat menenangkan hati, menambah ganjaran pahala, dimudahkan makbulnya permintaan malah diberi syafaat di Akhirat kelak, InsyaAllah.

#2- Istighfar

Sebagaimana kita perlu sentiasa membersihkan badan yang fizikal, maka istighfar juga diperlukan untuk membersihkan hati. Setiap satu titik hitam yang terbentuk dapat dilunturkan dengan Istighfar. Biasakanlah lidah menyebut istighfar setiap kali selepas bercakap.

#3- Ucapkan “Ya Zal Jalali wal Ikram”

“Al-Jalal” dan “Al-Ikram” merupakan nama Allah yang bermaksud Pemilik Kebesaran dan Kemuliaan. Allah lah yang memiliki sepenuh kebesaran dan kekuasaan atas tiap-tiap sesuatu. Serulah nama Allah yang khusus ini setiap kali dada kita merasa sesak dan sukar. Allah lah yang berkuasa membesarkan dan melapangkan semula hati kita yang sempit.

#4- “La Hawla Wala Quwwata Illa Billah”

Ianya bermaksud:

“Tidak ada daya dan kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah”

Zikir ini menggambarkan rasa tunduk dan berserah kepada pencipta. Hakikatnya segala kudrat dan kemampuan yang kita miliki saat ini, yang membuatkan kita mampu bergerak, melakukan kerja, dan menyelesaikan apa-apa urusan, semuanya atas kuasa yang telah Allah pinjamkan. Maka akuilah ianya dengan ucapan “La hawla wala quwwata illa billah”.

#5- “La Ilaha Illa Anta, Subhanaka Inni Kuntu Minazzolimin”

“Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau, Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri”Surah Al-Anbiya’ 21:87

Doa ini telah dibaca oleh Nabi Yunus ketika baginda diselubungi kegelapan di dalam perut ikan. Siapa lagi yang lebih besar ujiannya daripada para Rasul. Baginda bukan sahaja berada dalam kegelapan, malah berseorangan tanpa sesiapa. Yang ada hanya Allah SWT. Bacalah doa ini ketika anda diselubungi masalah dan berasa sukar untuk keluar daripadanya. Dialah Pembuka Jalan sebenar-benarnnya.

#6 – “Subhanallah , Alhamdulillah, Lailahaillallah, Allahuakbar”

Daripada Samrah bin Jundab ia berkata, Rasulullah SAW bersabda:

Ada empat ucapan yang paling di sukai Allah Subhanahu Wa Ta’ala;
Subhanallah سُبْحَانَ اللّهُ (Maha Suci Allah), Alhamdulillah اَلْحَمْدُلِلّهِ (Segala Puji Bagi Allah), Laa ilaaha illallah لاَ اِلَهَ اِلاَّ اللّهُ (Tiada ilah(tuhan) yang berhak disembah kecuali Allah) dan Allahu Akbar اَللّهُ اَكْبَرُ (Allah Maha Besar). Tidak berdosa bagimu dengan mana saja kamu memulai. (HR Muslim No: 2137/12) Status: Hadis Sahih

Semoga enam zikir yang digariskan di atas mampu membantu kita untuk meningkatkan amalan kepada tahap yang lebih baik. InsyaAllah.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Psikologi di universiti yang sama. Seorang yang suka membaca pelbagai genre bahan bacaan terutama sejarah, sastera, motivasi dan psikologi.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami