Gaya Hidup

6 Tips Buatkan Anda Tidak Sabar Untuk Mengembara

Oleh Azian Mohamed Isa  •  20 Dec 2018  •  3 min baca

Pastinya anda mahu sentiasa tampil dengan selesa, kemas dan menarik setiap kali melakukan kembara, berikut adalah 6 tip yang perlu anda lakukan;

#1- The Rule of Half

Katakan tempoh kembara anda ialah 10 hari. Anda perlu membawa pakaian untuk 5 hari sahaja dan pilih pakaian yang terbaik dan tercantik.

Jangan murahkan destinasi anda yang mahal itu dengan berpakaian basahan seperti mahu ke pasar, manfaatkan sebaiknya.

#2- The Rule of Third

Bawa 3 helai tudung. Pertama, tudung jenis kasual seperti tudung bawal, shawl crumple atau tudung dua muka.

Tudung ini mestilah selesa, tidak mudah renyuk, cepat kering apabila dibasuh, pinless/pin-minimalis dan effortless.

Pun begitu, dengan tudung ini anda akan sentiasa nampak menawan. Tudung inilah yang akan anda pakai sepanjang waktu penerbangan.

Mungkin ada waktu yang anda perlu solat di dalam kapal terbang. Oleh sebab itu, ia harus mempunyai ciri-ciri yang disebutkan di atas.

Jadi, tidaklah anda struggling untuk menyarung tudung di dalam bilik air kapal terbang yang sempit itu. Fuh, silap pilih tudung boleh berpeluh di dalam bilik kecil itu!  

Kedua, tudung jenis sarung atau Syria. Ini saya panggil tudung emergency. Tudung yang boleh dipakai ketika mahu turun sarapan awal pagi, mahu duduk bersantai di balkoni hotel sambil membaca novel kegemaran atau tiba-tiba pekerja housekeeping datang mengetuk pintu bilik mahu maklumkan sesuatu.  

Ketiga ialah tudung glamour. Ya, tudung penuh beads and glitter atau satin shawl yang anda hanya pakai waktu dinner atau dalam majlis formal.

Mana tahu, pasangan kembara anda membuat kejutan dengan menempah makan malam di restoran ternama atau river cruise yang romantik.

Oh, jangan bimbang jika suami anda bukan jenis romantik. Suami apabila nampak si isteri well-dressed, mestilah diajaknya ke tempat yang istimewa. Dress like you’re going somewhere better later.  

#3- One Conquers All

Kasut mesti selesa dan tahan lasak. Jangan pandang remeh hal kasut. Biarlah mahal tapi kualitinya bagus.

Saya memilih jenama Skechers. Kasut itulah yang saya guna sepanjang kembara.

#4- Prepare For the Worst

Sediakan baju sepersalinan di dalam hand luggage. Sepersalinan ini bermaksud sepasang seluar, sehelai baju dan pakaian dalam.

Bimbang sampai ke destinasi, bagasi anda tidak muncul-muncul. Boleh berlaku apabila ada transit dalam itinerari penerbangan anda.

Ini berlaku semasa saya di Turki. Bagasi sampai selepas dua hari saya di sana. Mujur ada baju sepersalinan. Kalau tidak, terpaksalah ke kedai untuk mencari baju.

#5- Roll Isn’t Everything

Benar, dengan menggulung pakaian, anda bukan saja dapat jimatkan ruang bagasi, malah baju atau seluar jadi kurang renyuk.

Namun, tiga barang ini jangan digulung. Sweatshirt, cardigan dan shawl. Lipat dan letakkan di atas gulungan pakaian di dalam beg.

Hal ini demikian kerana sweatshirt dan cardigan ini kainnya jenis tebal. Apabila digulung, ini hanya menambahkan ketebalannya dan mengambil banyak ruang. Shawl pula pada saya akan kelihatan lebih kemas apabila dilipat.  

#6- Handy Hanger

Ya, saya bawa satu set penyangkut baju (ada 6). Bukan hanya untuk gantung, tetapi untuk menyidai pakaian seperti baju atau seluar dicuci tangan.

Guna penyangkut baju dan gantung di dalam bilik air. Apabila air berhenti menitis, carilah tempat yang sesuai untuk gantung pakaian anda. Tidak perlu mencari dobi. Servis dobi di hotel melibatkan kos.

Ketika di Mekah, bilik hotel kami langsung tiada penyangkut baju. Berguna sangat penyangkut baju yang dibawa. Apabila mahu berangkat balik, kami wakafkan sahaja penyangkut itu.

Semoga apa yang dikongsikan bermanfaat. Salam kembara.

“Travel makes one modest. You see what a tiny place you occupy in the world.” –

Gustav Flaubert


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Azian Mohamed Isa

Azian Mohamed Isa

Pemegang Sarjana dalam bidang Sains Biologi, pernah menyandang jawatan pensyarah. Kini seorang penulis sepenuh masa. Seorang pemikir dan pengembara. Kisah kembaranya di Xi’an, China dan Pulau Mauritius boleh diikuti di dalam majalah E&T yang diterbitkan oleh MySet, myset.org.my. Salah seorang penulis di dalam buku antologi himpunan kisah benar berjudul ‘BLUR’ yang diterbitkan oleh Buku Puris.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami