Gaya Hidup

6 Tip Mengatasi Perasaan Takut Dan Bimbang

Oleh Azian Mohamed Isa  •  27 Mar 2019  •  3 min baca

Kehidupan ini tidak sunyi daripada ujian daripada Allah dan masalah yang menimpa. Justeru, perasaan takut dan bimbang itu akan sentiasa wujud dalam diri seseorang. Ia merupakan tindak balas normal setiap manusia.

Namun, diburui rasa takut, gelisah, risau dan bimbang yang berlebihan dan berpanjangan itu tidak normal.

Berkemungkinan ada kecelaruan mental dari sudut psikologi yang perlu diberi perhatian dan rawatan segera.

Walaupun perasaan takut dan gelisah ini ialah naluri semulajadi, ia boleh diurus dan dikawal. Lakukan setiap perkara sehabis baik dan bersungguh-sungguh.

Selepas itu, letakkan pergantungan kepada Allah. Berdoalah agar Allah memaafkan di atas ketidaksempurnaan kita dalam melunaskan tanggungjawab yang ada.

Katakanlah: “Sekali-kali tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan Allah untuk kami. Dialah Pelindung kami dan hanya kepada Allah orang-orang yang beriman harus bertawakal.”Surah At-Taubah 9:51

Berikut ialah enam tip yang boleh kita amalkan untuk berusaha mengatasi perasaan takut dan bimbang.

#1- Power Of Now

Ingat, perasaan risau selalunya merujuk memori silam yang mengecewakan. Apa yang berlaku tidak seperti apa yang kita harapkan.

Perasaan takut pula menyelubungi apabila kita memikirkan masa hadapan yang tak pasti. Dan apa yang bakal terjadi yang di luar kawalan.

Jadi, berhenti memikirkan masa silam dan masa hadapan. Fokus apa yang ingin dilakukan sekarang.

Apa yang saya risau dan takut tidak akan berlaku pada masa SEKARANG”

#2- Challenge Your Fears

Atasi ketakutan itu. Adakah ketakutan itu benar-benar wujud atau sekadar dongengan pemikiran yang tidak berasas. Ketakutan itu boleh dilihat sebagai False Expectations Appearing Real (FEAR). Tanya pada diri;

Adakah saya boleh buat sesuatu dengan perasaan takut itu atau saya hanya sekadar takut-takut.”

#3- Negativity-Bias By Default

Perasaan risau dan takut itu adalah naluri semulajadi. Minda manusia telah dibentuk sebegitu dari Zaman Orang Batu apabila berhadapan dengan ‘bahaya’ supaya selamat dan terus hidup. Ahli psikologi Barat menamakan fenomena ini sebagai ‘negativity-bias’.

#4- Functional Thought

Jadikan rasa risau dan takut yang keterlaluan itu ‘secondary thought’. Kita diberi akal untuk merancang masa depan, mengatur pelan luar jangkaan (contingency plan) dan langkah-langkah pencegahan awal.

#5- Power Of 2 Aliph

Pesan Ustaz Muhammad bin Abdullah ialah dua ‘Aliph’ yang perlu ada untuk berjaya ialah إبتداء (Ibtida’) yang bermaksud bermula dan Iktimad yang bermaksud percaya kepada diri sendiri. Jangan bertangguh membunuh rasa was-was itu.

#6- Power Of Hauqaulah

Lafazkan zikir hauqaulah لا حول ولا قوة إلا بالله dan berdoalah. Benar, Allah Al-Jabbar, Allah yang Maha Mencukupkan itulah sumber kekuatan kita.

Lafazkanlah zikir ini setiap waktu dan yakin dengan bantuan Allah. Zikir ini bukan sahaja menyuntik kekuatan malah setiap tindakan kita akan diiringi keikhlasan. Insya-Allah.

Benar, kita tidak boleh lari daripada rasa bimbang dan takut. Kita boleh urus rasa itu supaya kita lebih tenang dan yakin dalam banyak perkara.

Seremeh-remeh perkara seperti memasak ataupun sebesar-besar perkara seperti menjadi seorang pemimpin yang berjaya.

If you want to conquer fear, don’t sit home and think about it. Go out and get busy” Dale Carnegie


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Azian Mohamed Isa

Azian Mohamed Isa

Pemegang Sarjana dalam bidang Sains Biologi, pernah menyandang jawatan pensyarah. Kini seorang penulis sepenuh masa. Seorang pemikir dan pengembara. Kisah kembaranya di Xi’an, China dan Pulau Mauritius boleh diikuti di dalam majalah E&T yang diterbitkan oleh MySet, myset.org.my. Salah seorang penulis di dalam buku antologi himpunan kisah benar berjudul ‘BLUR’ yang diterbitkan oleh Buku Puris.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami