Gaya Hidup

6 Penyakit Berpunca Dari Puji-pujian

Oleh Ustaz Rozaimi Ramle  •  15 Feb 2016  •  2 min baca

Imam Ghazali sebut, pujian yang tidak elok boleh menimbulkan 6 penyakit, 4 daripadanya pada si pemuji dan 2 pula pada orang yang dipuji.

Bagi orang yang memuji, penyakit tersebut adalah:

1. Berlebih-lebihan dalam memuji hingga melampaui batas dan memuji sesuatu yang tidak ada, maka ia menjadi pendusta.

2. Menzahirkan kecintaan sedangkan dalam hatinya tidak sedemikian, maka ia menjadi munafik.

3. Memuji sesuatu yang dia sendiri tidak pasti benar atau tidak hakikatnya, maka ia berlebih-lebihan dalam memuji.

4. Boleh jadi orang yang dipuji itu adalah orang yang zalim, lalu menyebabkanya dia memuji orang yang zalim.

Penyakit pada orang yang dipuji:

1. Menimbulkan rasa ego, ujub, riak, perasan dan lain-lain sifat yang tidak baik.

2. Boleh merosakkan amalannya.

Maka berdoalah ketika dipuji sebagaimana doa yang diucap oleh Abu Bakar ketika dipuji.

Abu Bakr berdo’a,

اللَّهُمَّ أَنْتَ أَعْلَمُ مِنِّى بِنَفْسِى وَأَنَا أَعْلَمُ بِنَفْسِى مِنْهُمْ اللَّهُمَّ اجْعَلْنِى خَيْرًا مِمَّا يَظُنُّوْنَ وَاغْفِرْ لِى مَا لاَ يَعْلَمُوْنَ وَلاَ تُؤَاخِذْنِى بِمَا يَقُوْلُوْنَ

Allahumma anta a’lamu minni bi nafsiy, wa anaa a’lamu bi nafsii minhum. Allahummaj ‘alniy khoirom mimmaa yazhunnuun, wagh-firliy maa laa ya’lamuun, wa laa tu-akhidzniy bimaa yaquuluun.

Bermaksud:

Ya Allah, Engkau lebih mengetahui keadaan diriku daripada diriku sendiri dan aku lebih mengetahui keadaan diriku daripada mereka yang memujiku.

Ya Allah, jadikanlah diriku lebih baik dari yang mereka sangkakan, ampunilah aku terhadap apa yang mereka tidak ketahui dariku, dan janganlah menyiksaku dengan perkataan mereka.Diriwayatkan oleh Al Baihaqi dalam Syu’abul Iman, 4: 228, no.4876. Lihat Jaami’ul Ahadits, Jalaluddin As Suyuthi, 25: 145, Asy Syamilah


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Ustaz Rozaimi Ramle

Ustaz Rozaimi Ramle

Dr Rozaimi ialah pensyarah dalam bidang hadith. Beliau mendapat Phd dalam bidang hadis dari Jordan. Merupakan pensyarah hadith di Upsi dan salah seorang Ahli Majlis Fatwa Negeri Perlis.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami