Ibadah

6 Dalil Pensyariatan Ibadah Korban Dan Sambutan Aidiladha

Oleh Marina  •  23 Aug 2017  •  3 min baca

Berikut adalah beberapa dalil yang terdapat dalam Al-Quran dan Hadis Nabi s.a.w yang bersangkut paut dengan ibadah korban yang menjadi aktiviti tahunan setiap umat Islam.

AL-QURAN
#1- Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

“Sesungguhnya, Kami telah memberikan kurniaan yang sangat banyak kepadamu, maka solatlah untuk Tuhanmu dan sembelihlah korban.”Surah Al-Kautsar:1-2

#2- Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

“Dan, bagi tiap-tiap umat telah Kami syariatkan penyembelihan (korban), supaya mereka menyebut nama Allah terhadap binatang ternak yang telah direzekikan oleh Allah kepada mereka. Maka, Tuhanmu ialah Tuhan yang Maha Esa, kerana itu berserah dirilah kamu kepada-Nya dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang tunduk patuh kepada Allah.”Surah Al-Hajj:34

#3- Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

“Maka, makanlah sebagiannya (daging korban) dan berilah makan orang yang berasa cukup dengan apa yang ada padanya (orang yang tidak meminta-minta) dan orang yang meminta. Daging-daging korban dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai(keredhaan) Allah, tetapi ketaqwaan dari kamulah yang dapat mencapainya.”Surah Al-Hajj: 36-37

#4- Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

“Dan, ceritakanlah (Muhammad) yang sebenarnya kepada mereka tentang kisah kedua putera Adam, ketika keduanya mempersembahkan korban, maka (korban) salah seorang dari mereka berdua (Habil) diterima dan yang lain (Qabil) tidak diterima. Dia (Qabil) berkata, ‘Sungguh, aku pasti membunuhmu!’ Dia (Habil) berkata; ‘Sesungguhnya, Allah hanya menerima (amal) dari orang yang bertaqwa’.”Surah Al-Maidah:27

HADIS
#5- Diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Anas r.a yang bermaksud;

“Rasulullah s.a.w datang ke Madinah, sedangkan mereka sibuk bergembira selama dua hari. Maka, Rasulullah s.a.w bertanya, ‘Hari apakah yang dua hari ini?’ Mereka menjawab, ‘Kami biasa bergembira selama dua hari pada zaman jahiliah.’ Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda; ‘Sesungguhnya, Allah s.w.t telah menggantikannya dengan hari yang lebih baik daripada dua hari itu bagi kamu iaitu Aidilfitri dan Aidiladha’.”Diriwayatkan oleh Imam Abu Daud dan An-Nasa’i

#6- Diriwayatkan oleh Imam Tirmizi dan Al-Hakim yang bermaksud;

“Tiada amal anak Adam yang lebih disukai oleh Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya, binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya, ibadat korban ini diredhai oleh Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka, hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan.”Hadis Riwayat At-Tirmizi

Berkorban hakikatnya adalah satu bentuk pengabdian dan kepasrahan diri seorang hamba dalam melaksanakan perintah Allah s.w.t.

Ibadah korban yang diterima oleh Allah s.w.t hanyalah daripada mereka yang bertaqwa serta ikhlas kerana-Nya serta tidak mengharapkan apa-apa ganjaran lain melainkan keredhaan daripada-Nya.

Ingatlah, sesungguhnya, Allah s.w.t tidak memandang bentuk badanmu dan tidak pula bentuk rupamu, akan tetapi Dia memandang hati-hati kamu. Wallahua’lam.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Marina

Merupakan graduan dari UNISZA, Terengganu dalam bidang Pengajian Islam dengan hasrat menggabungkan pelbagai pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki untuk manfaat komuniti. Menulis adalah salah satu dari minatnya dan beliau turut menghasilkan sebuah karya pertamanya yang berjudul , '' Himpunan Kisah Kaum-Kaum Binasa''.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami