Ibadah

6 Amalan Harian Sepanjang Ramadan Boleh Dipraktikkan Walau Sekali

Oleh Marina  •  21 May 2017  •  2 min baca

Adakah kita gembira dengan kedatangan bulan mulia ini? Berbahagialah bagi mereka yang melalui dan menjalani ibadah yang difardhukan dalam bulan ini dengan penuh keikhlasan dan rasa kehambaan, bukan keterpaksaan. Ini kerana, Allah SWT telah menjanjikan ganjaran yang lebih baik di sana nanti.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud;

“Barangsiapa yang gembira dengan sebab kedatangan bulan Ramadhan, nescaya Allah Taala mengharamkan jasadnya daripada api neraka.”(Hadis Riwayat Ahmad)

Justeru, dalam melaksanakan ibadah ini, apakah perkara yang boleh dilakukan secara harian sepanjang Ramadan itu ditempuhi? Berikut dikongsikan;

#1 – Mendirikan Ibadah Qiamullail

Sebaik bangun dari tidur, kita boleh mengambil masa selama 30 minit untuk mendirikan solat sebentar dan bermunajat kepada Allah SWT. Antara perkara yang boleh dilakukan ialah solat sunat tahajjud, membaca Al-Quran atau berzikir.

#2 – Bersahur

Setelah berqiamulail, jangan lupa untuk bersahur kerana dalamnya terkandung barakah (berkat) sepertimana hadis berikut;

“Makan sahurlah kerana sesungguhnya pada sahur itu terdapat keberkatan.”(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

#3 – Solat Berjemaah

Menunaikan solat fardhu dan solat tarawih berjemaah di masjid atau surau amat digalakkan, lebih-lebih lagi ketika bulan Ramadan. Dan, terlebih baik jika amalan ini dapat diteruskan setelah habisnya Ramadan nanti.

#4 – Membaca Al-Quran

Bulan Ramadan adalah bulan diturunkan Al-Quran. Oleh itu, memperbanyakkan bacaan Al-Quran pada bulan ini amatlah digalakkan sepertimana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW. Selain menanam azam dan tekad untuk khatam Al-Quran, usah dilupa untuk menghayati kandungannya. Berusahalah untuk membacanya sekalipun kita tidak fasih.

#5 – Menghulurkan Sedekah

Menghulurkan sedekah boleh diberikan dalam apa jua bentuk sama ada wang ringgit, pakaian, makanan atau keperluan asas lain kepada mereka yang memerlukan. Setiap amal kebajikan yang dilakukan ketika Ramadan ini ganjarannya berlipat kali ganda.

#6 – Berbuka Puasa

Waktu berbuka adalah waktu yang dinanti-nantikan oleh mereka yang berpuasa dan waktu inilah ramai dalam kalangan kita mula mengambil berat tentang ketepatan masa waktu Maghrib. Apabila telah datangnya waktu berbuka, maka bersegeralah kerana di dalamnya terdapat kebaikan.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud;

“Manusia akan sentiasa berada dalam kebaikan selama mereka menyegerakan berbuka.”(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dan, sebenarnya banyak lagi amalan kebajikan lain yang boleh dilakukan dalam masa sehari kita berpuasa. Adapun, perkara di atas hanyalah sebahagian sahaja. Mudah-mudahan, kita dapat menjalankan ibadah ini dengan penuh penghayatan dan menjadikan 6 perkara di atas sebagai rutin harian sepanjang Ramadan.

Jika tidak mampu buat semua, buatlah mengikut kemampuan masing-masing sekalipun satu perkara. Insya-Allah. Moga bermanfaat.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Marina

Merupakan graduan dari UNISZA, Terengganu dalam bidang Pengajian Islam dengan hasrat menggabungkan pelbagai pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki untuk manfaat komuniti. Menulis adalah salah satu dari minatnya dan beliau turut menghasilkan sebuah karya pertamanya yang berjudul , '' Himpunan Kisah Kaum-Kaum Binasa''.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami