Wanita

5 Tips Yang Boleh Dilakukan Oleh Wanita Dalam Haid Di Bulan Ramadan

Oleh Fieyzah Lee  •  5 May 2020  •  3 min baca

Wanita yang berada dalam keadaan haid tidak dibenarkan untuk melakukan ibadah-ibadah wajib kerana mereka berada dalam keadaan tidak suci.

Solat, membaca Al-Quran dan juga puasa adalah dilarang buat mereka. Jadi, apabila berada dalam bulan Ramadan, mereka tidak dibolehkan berpuasa seperti orang lain.

Namun, dalam masa yang sama mereka juga perlu menjaga diri mereka seperti tidak makan dan minum sesuka hati di hadapan orang yang berpuasa.

Jadi, bagaimana kaum wanita boleh merebut pahala di bulan Ramadan ini sama seperti muslim lain yang berpuasa? Ini adalah beberapa perkara yang boleh menjadi amalan buat wanita yang berada dalam keadaan haid.

#1 – Berdoa Dan Berzikir

Tidak boleh menunaikan solat tidak semestinya anda tidak boleh berzikir dan berdoa. Terdapat banyak jenis amalan zikir yang boleh dipraktikkan.

Sambil-sambil memasak lauk untuk berbuka atau mengisi masa sementara orang lain sedang menunaikan Tarawih, anda boleh berzikir dalam apa jua bentuk sekalipun.

Berdoalah untuk meminta atau meluahkan sesuatu kepadaNya. Jadikan doa itu sebagai amalan yang tidak pernah ditinggalkan kerana ia adalah senjata mukmin.

#2 – Membaca Ma’thurat

Ma’thurat merupakan salah satu doa dan zikir harian yang boleh diamalkan sama ada dalam keadaan haid mahupun tidak.

Ia merupakan doa pelindung dan untuk mempermudahkan urusan kita di dunia serta akhirat. Anda boleh membacanya selepas sahur atau selepas Asar.

#4 – Membaca Tafsir dan Dan Tadabbur Al-Quran

Membaca dan memahami Al-Quran dengan tafsirnya adalah suatu perkara yang boleh diambil perhatian. Jika anda ingin memahaminya dengan lebih lanjut, anda boleh ikuti kelas pengajian secara atas talian untuk mentadabbur Al-Quran.

Di musim PKP ini, banyak kelas pengajian atas talian yang telah diwujudkan oleh golongan yang bertauliah. Anda hanya perlu mencari yang benar-benar dipercayai untuk belajar Al-Quran.

#5 – Memberi Makan Kepada Orang Berbuka

Banyak fadilat yang diperoleh buat mereka yang memberi makan untuk orang yang berbuka. Berilah makanan sama ada pencuci mulut atau menu utama kepada jiran anda mahupun pengawal keselamatan yang menjaga kawasan rumah anda.

Berilah ikut kemampuan. Tidak bermewah tidak mengapa, asalkan ia ikhlas. Tidak rugi berkongsi rezeki, bahkan ia boleh membuatkan orang sekeliling anda tersenyum bahagia. Bukan mereka sahaja, bahkan anda juga akan merasa keseronokan tersebut.

Maksud: “Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa, dia akan mendapat pahala yang sama dengan orang yang berpuasa dalam keadaan pahala tersebut tidak berkurangan sedikit pun.” (Hadis Riwayat Tirmizi, no. 807)

Kesimpulan

Sama ada anda berpuasa atau tidak, banyak cara yang boleh dilakukan untuk memperoleh pahala daripada Allah. Jangan jadikan ia sebagai alasan untuk anda tidak berbuat apa-apa kerana ia boleh merugikan diri anda sendiri.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fieyzah Lee

Fieyzah Lee

Merupakan seorang pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami