Remaja

5 Tips Penting Untuk Remaja Kenali Diri Sendiri

Oleh Rabiatul Adaweeyah  •  25 Apr 2017  •  3 min baca

Setiap orang pasti mengakui bahawa mereka sudah kenal diri sendiri, bahkan sudah faham dengan kelebihan dan kelemahan yang dimiliki.

Namun, sebenarnya masih ramai yang tercari-cari identiti diri dan adakalanya masih keliru, terutamanya golongan remaja.

Mengenali diri sendiri sangat sukar,manakala mengenali diri orang lain pula kadang kala lebih mudah. Usaha mengenalpasti potensi diri sangat penting , kerana ianya dapat membantu untuk meningkatkan keyakinan diri serta membolehkan seseorang mengukur tahap kemampuan diri untuk melakukan sesuatu perkara di masa depan.

Di sini, ada beberapa langkah yang dapat dilakukan untuk membantu para remaja mengenal diri sendiri:

#1 – Dekatkan Diri Kepada Allah SWT

Bagi menjadikan diri lebih yakin dan kenal siapa diri kita yang sebenarnya adalah melalui ibadah. Ini kerana dengan melakukan amalan yang mendekatkan diri kepada Allah, Allah akan memberikan petunjuk (hidayah) kepada kita.

Kita akan mudah menerima diri sendiri dan mengenali diri sendiri bahkan lebih yakin untuk terus mengekalkan identiti diri yang baik serta berbangga dengan kurniaan Allah SWT.

#2 – Mencatat Kelebihan Dan Kekurangan Kita

Ambillah waktu dan luangkan masa untuk menulis tentang diri kita. Bermula dari perkara ‘basic’ seperti nama penuh, adik beradik, umur, hobi, impian sehinggalah kepada hal yang lebih terperinci seperti hal yang disukai serta perkara-perkara sebaliknya.

Lakukan hal ini dalam situasi dan keadaan yang tenang dan tidak terburu-buru mahupun tertekan. Biarkan fikiran kita mengimbau masa lalu dan berbangga dengan kejayaan yang pernah dilalui dan mengambil pengalaman pahit sebagai pengajaran.

Catat juga cara yang pernah digunakan untuk mengatasi masalah-masalah lalu. Ini dapat membantu kita lebih memahami diri sendiri dan lebih sayang dengan keupayaan kita.

#3 – Meminta Pendapat Ahli Keluarga Dan Sahabat

Boleh juga meminta pandangan dari golongan yang rapat dan mengenali kita dari kecil. Tanyalah mereka mengenai diri kita contohnya melalui sifat dan perangai. Lalu bandingkan pendapat mereka dengan diri sendiri.

Ini kerana mungkin ada pendapat mereka yang kita sendiri terlepas pandang atau tidak perasan. Mohonlah juga nasihat jika ada apa-apa sikap buruk yang perlu ditinggalkan dan sikap baik yang harus diteruskan.

#4 – Jangan Hanya Mencari Kekurangan Diri

Mencari kekurangan diri kadang kala menjadikan kita lebih negatif. Oleh itu jangan mudah percaya pada kata-kata orang seperti kita ini seorang yang tidak cantik, tetapi sebenarnya kita mempunyai kecantikan tersendiri di mata orang lain.

Sebaliknya cuba kenal pasti dahulu diri sendiri melalui kelebihan yang diketahui ramai orang. Hal ini akan membuatkan kita lebih bersemangat dan berusaha untuk kekal dengan kelebihan itu.

#5 – Rancang Masa Hadapan

Sebagai seorang remaja, masih panjang perjalannnya. Lalu, kenallah diri sendiri bukan hanya pada masa lepas dan masa sekarang, bahkan juga pada masa akan datang. Oleh itu, perancangan pada masa mendatang juga membantu seseorang remaja itu mengenali diri sendiri.

Kita boleh membentuk diri kita seperti apa yang dikehendaki pada masa akan datang. Oleh itu, haruslah sentiasa positif dan tinggi keyakinan bahawa masa mendatang adalah lebih baik dari diri kita pada masa ini.

Kesimpulannya, mengenal diri sendiri adalah suatu proses yang bukan mudah dan memerlukan masa yang panjang. Paling penting, jadilah diri kita sendiri dan jangan mudah terpengaruh dengan orang lain. Dengan menjadi diri sendiri, kita akan lebih dihormati dan dipandang tinggi.

Pada usia remaja yang kerap terkeliru; sama ada mahu mencontohi tokoh A kah? Atau mahu mengikuti tokoh B, selalu menjadi persoalan.

Dengan itu, dalam bahasa mudahnya jika kita mengetahui dan memahami diri sendiri dengan baik, itu sudah memudahkan kita merencana masa hadapan sekaligus akan menjadikan kita remaja yang berketrampilan sejak dari usia yang muda.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Rabiatul Adaweeyah

Rabiatul Adaweeyah

Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Malaya dalam Pengkhususan Pengajian Media Dan Sejarah. Sekarang bertugas sebagai Editor di sebuah syarikat penerbitan buku.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami