Ibadah

5 Persoalan Tentang Aidiladha

Oleh Marina  •  27 Aug 2018  •  3 min baca

Dua hari kebesaran buat umat Islam ialah Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha. Umum pasti sudah sedia maklum tentang Hari Raya Aidilfitri iaitu hari yang disambut setelah sebulan umat Islam melaksanakan ibadah puasa.

Apakah pula simboliknya umat Islam menyambut Hari Raya Aidiladha? Berikut dikongsikan;

#1- Apakah Hari Raya Aidiladha Dan Bilakah Ia Dilaksanakan?

Hari Raya Aidiladha adalah salah satu perayaan terbesar yang diraikan oleh seluruh umat Islam setelah Hari Raya Aidilfitri.

Ia dilaksanakan pada 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah setiap tahun.

#2- Apakah Yang Dilakukan Umat Islam Ketika Menyambut Perayaan Ini?

Umat Islam akan mula bertakbir pada malam 10 Zulhijjah, seterusnya menunaikan solat sunat Aidiladha dan mendengar khutbah pada pagi hari 10 Zulhijjah.

#3- Bilakah Waktu Yang Disyariatkan Untuk Melaksanakan Ibadah Korban?

Ibadah korban atau sembelihan boleh dilakukan sejurus selesai solat sunat Aidiladha dan khutbah Aidiladha pada 10 Zulhijjah, atau keesokkan harinya 11, 12 dan 13 Zulhijjah.

Tarikh dan empat hari ini juga dinamakan sebagai ‘Hari Tasyrik’ iaitu hari yang diharamkan kepada kita umat Islam untuk berpuasa.

#4- Mengapakah Disyariatkan Untuk Melaksanakan Ibadah Sembelihan?

Sembelihan binatang korban disyariatkan kepada umat Islam untuk dilaksanakan pada Hari Raya Aidiladha bersempena memperingati peristiwa Nabi Ibrahim A.S.

Baginda hampir-hampir menyembelih anaknya, Nabi Ismail A.S sebagai simbolik ketaatannya kepada Allah S.W.T. Namun begitu, Allah S.W.T telah menggantikan Nabi Ismail dengan binatang kibas serta-merta.

#5- Apakah Binatang Yang Boleh Dijadikan Sebagai Korban?

Antara binatang yang boleh dijadikan sebagai ibadah korban pada hari tersebut ialah unta, lembu, kerbau, kambing dan kambing.

Daging, kulit, tanduk atau apa-apa jua bahagian tubuh dari binatang sembelihan tersebut tidak boleh dijual beli kembali.

Banyak hadis yang memaparkan tentang sambutan Aidiladha ini. Antaranya, hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Anas R.A, yang bermaksud;

“Rasulullah S.A.W datang ke Madinah, sedangkan mereka sedang sibuk bergembira selama dua hari. Maka Rasulullah S.A.W bertanya, ‘Hari apakah yang dua hari ini?’ Mereka menjawab, ‘Kami biasa bergembira selama dua hari pada zaman jahiliah.’ Kemudian Rasulullah bersabda, ‘Sesungguhnya Allah S.W.T telah menggantikannya dengan hari yang lebih baik daripada dua hari itu bagi kamu iaitu Aidilfitri dan Aidiladha’.”Riwayat Imam Abu Daud dan an-Nasai daripada Anas

Sesungguhnya, kedatangan Aidiladha bukan sahaja disambut dengan penuh kegembiraan, akan tetapi dengan penuh pemahaman sebagai umat Islam.

Semoga intipati yang dikongsikan ini dapatlah memberikan sedikit gambaran kepada kita tentang perayaan terbesar umat Islam ini.

Selaku umat Muhammad, sewajarnya kita menghayati kedatangan hari tersebut lantas mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. Wallahua’lam.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Marina

Merupakan graduan dari UNISZA, Terengganu dalam bidang Pengajian Islam dengan hasrat menggabungkan pelbagai pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki untuk manfaat komuniti. Menulis adalah salah satu dari minatnya dan beliau turut menghasilkan sebuah karya pertamanya yang berjudul , '' Himpunan Kisah Kaum-Kaum Binasa''.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami