Wanita

5 Perkara Yang Boleh Dilakukan Suri Rumah

Oleh Fizah Lee  •  15 Oct 2020  •  3 min baca

Tak semua orang faham bahawa tugas suri rumah ini penat, sama ada sama penat dengan orang yang bekerja atau lebih penat dari itu.

Tugas mereka bermula sebelum si suami bangkit dari tidur lagi sehinggalah malam, apabila ahli keluarga semua telah tidur.

Memasak sarapan, mengemas rumah, menyiapkan kelengkapan suami dan anak-anak untuk memulakan hari, menyiapkan makan tengah hari atau malam; pendek kata, semua tugas rumah dilakukan oleh mereka.

Jadi, sebagai pasangan suami isteri, toleransi dan saling memahami itu perlu sentiasa ada.

Jangan diungkit siapa yang paling penat dan jangan ditanya mengapa pasangan tidak memahami tugas yang ada.

Sebab setiap orang mempunyai tugas dan kepenatan yang tersendiri. Oleh itu, penting untuk setiap orang saling menghargai.

Ucapkan terima kasih kepada isteri anda kerana telah bertungkus-lumus menyediakan keperluan anda dan anak-anak.

Ucapkan terima kasih kepada suami anda kerana telah bekerja keras mencari rezeki untuk keluarga kalian.

Kan lebih harmoni. Berbalik kepada tugas suri rumah; walau penat pekerjaan yang anda lalui, tapi anda sangat beruntung kerana mempunyai masa dan ruang yang bebas.

Waktu anda bukan sahaja boleh diisi untuk ahli keluarga, tetapi juga untuk diri sendiri dan Allah.

Bahkan, banyak pahala yang anda boleh raih dengan hanya duduk di rumah. Dengan lima ibadah ringkas ini, Allah akan melimpahkan ganjaran yang besar buat anda.

#1 – Ibadah Kepada Allah

Dengan waktu yang fleksibel, banyak ibadah yang boleh dilakukan. Anda boleh luangkan masa sejenak dengan menunaikan solat Dhuha atau mengaji Al-Quran.

Bahkan, sambil-sambil menyediakan sarapan buat ahli keluarga anda, boleh juga berzikir dan beristighfar.

#2 – Ibadah Sebagai Isteri

Memenuhi kewajipan seorang isteri dengan melayan suami dengan layanan yang terbaik, menyediakan makanan kepada suami, mencuci pakaiannya dan pelbagai lagi tugas isteri yang boleh dilakukan, pasti akan diganjari pahala olehNya.

Sekali sekala, apabila suami anda berkelapangan seperti di hujung minggu, boleh sahaja mengambil ruang itu untuk mengajaknya sama-sama melakukan kerja rumah sambil mengeratkan lagi hubungan suami isteri.

#3 – Ibadah Sebagai Ibu

Mengurus dan menjaga anak-anak dengan cara yang terbaik serta memberikan pendidikan agama kepada mereka juga adalah dikira sebagai ibadah.

#4 – Ibadah Sebagai Anak Dan Menantu

Walaupun tugas anda sebagai seorang isteri atau ibu, namun hak kepada kedua orang tua anda juga masih prlu dilaksanakan.

Jika orang tua anda tinggal berdekatan dengan anda, boleh sahaja melawat mereka atau mengajak mereka keluar bersama.

Jika mereka tinggal berjauhan dengan anda atau anda sendiri mempunyai halangan untuk melawat mereka, boleh sahaja hubungi mereka bagi menunjukkan keprihatinan anda kepada mereka.

#5 – Ibadah Sebagai Anggota Masyarakat

Menjadi suri rumah ini tugasnya tidak terbatas kepada dalam rumah sahaja. Tetapi, anda masih boleh melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai anggota masyarakat.

Sebagai contoh, jika memasak, hulurlah sedikit kepada jiran tetangga atau tolong angkat jemuran jiran jika hari hampir hujan dan sebagainya.

Kesimpulan

Banyak sahaja perkara baik yang boleh dilakukan dan ia diangkat sebagai ibadah jika niatnya adalah kerana Allah dan untuk memberi manfaat kepada semua orang.

Tidak semestinya menjadi suri rumah maka tugas anda hanya di dalam rumah sahaja. Tugas anda sebagai wanita tidak terbatas hanya di situ sahaja.

Jadi, suri rumah sekalian, apa yang telah anda lakukan hari ini sebagai ibadah?


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami