Ibadah

5 Lokasi Yang Dianjurkan Berdoa Di Tanah Suci

Oleh Natirah Azira  •  23 Dec 2019  •  2 min baca

Mekah dan Madinah adalah tempat yang disebutkan sebagai tanah suci bagi umat Islam. Di sini lah semua umat Islam dari seluruh dunia datang dan mengerjakan ibadah haji dan umrah.

Rata-rata mereka yang pernah menjejakkan kaki ke sana pasti mengatakan bahawa ingin berkunjung lagi kerana ketenangan dan aman yang dirasakan tiada bandingan dengan tempat lain di dunia.

Bagi anda merancang untuk melakukan umrah ke sana, usah melepaskan peluang untuk berdoa sebanyaknya, lebih-lebih lagi di beberapa tempat yang dianjurkan dalam beberapa riwayat. Antara tempat -tempat tersebut ialah:

#1- Multazam (Antara Hajar Aswad dan Pintu Kaabah)

Kata Ibn ‘Abbas R.Anhuma:

مَا بَيْنَ الرُّكْنِ وَالْبَابِ يُدْعَى الْمُلْتَزَمَ لَا يَلْزَمُ مَا بَيْنَهُمَا أَحَدٌ يَسْأَلُ اللهَ شَيْئًا إِلَّا أَعْطَاهُ إِيَّاهُ

Maksudnya: “Antara rukun Hajar Aswad dan pintu Ka’bah terdapat Multazam. Tidak seorang pun hamba Allah SWT yang berdoa di tempat ini, kecuali dikabulkan doanya.” (Riwayat al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman, no. 3769)

#2- Ketika Tawaf Di Sekeliling Kaabah Serta Di Safa Dan Marwah

إِنَّمَا جُعِلَ الطَّوَافُ بِالْبَيْتِ وَالسَّعْيَ بَيْنَ الصَّفَا وَالْمَرْوَة وَرَمْيُ الْجِمَارِ لإِقَامَةِ ذِكْرِ اللهِ

“Sesungguhnya dijadikan tawaf di sekeliling Baitullah, sa’i di antara Safa dan Marwah dan melontar Jamrah adalan untuk mengingati (berdoa kepada) Allah”. (HR Ahmad dan Abu Daud – juga diriwayatkan oleh As-Suyuti dalam Jami’As Saghir)

#3- Maqam (Tempat Berdiri Nabi Ibrahim)

“…dan jadikanlah oleh kamu Maqam Ibrahim itu tempat sembahyang…” (Surah Al-Baqarah 2:125)

Iringilah solat yang didirikan dengan doa kerana antara waktu yang dimakbulkan doa juga adalah ketika sujud.

#4- Di Padang Arafah

“Sebaik-baik doa adalah doa di hari Arafah, dan sebaik-baik zikir yang aku ucapkan dan juga diucapkan para nabi sebelumku adalah,

“لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِير”

Tidak ada yang berhak disembah selain Allah yang satu, tidak ada sekutu bagiNya, milikNya kekuasaan dan milik-Nya segala pujian, dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu).” (Hadis diriwayatkan oleh Al-Tirmizi)

#5- Rukun Yamani

“Aku mendengar Rasulullah SAW ketika berada di antara dua rukun ini yaitu Rukun Yamani dan Rukun Hajar Aswad, membaca doa: ‘Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa api nerakah.’” (HR Al Hakim)

Rukun bermaksud sudut sedang Yamani adalah bangsa Yaman. Ia dipanggil Rukun Yamani kerana sudut ini menghadap ke arah Negeri Yaman.

Sekalipun hanya 5 tempat yang secara jelas disebutkan dalam riwaya-riwayat (setakat pencarian dan pembacaan penulis), namun hakikatnya kita boleh berdoa di mana sahaja.

Ada pula yang mengatakan bahawa ada doa yang khusus perlu dibaca ketika melihat Kaabah atau ketika sedang bertawaf sedangkan riwayat itu adalah riwayat yang dhaif.

Bacalah apa-apa doa, sesuai dengan keinginan dan permintaan masing-masing. Kerana yang paling penting adalah doa daripada hati yang ikhlas dan mengharapkan keampunan Allah SWT.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Psikologi di universiti yang sama. Seorang yang suka membaca pelbagai genre bahan bacaan terutama sejarah, sastera, motivasi dan psikologi.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami