Gaya Hidup

5 Jenis Fitnah Ini Telah Ada Dalam Hidup Kita

Oleh Natirah Azira  •  2 Oct 2020  •  3 min baca

Fitnah berasal daripada perkataan Arab yang membawa maksud ibtila’ atau ujian. Ia juga mempunyai makna-makna lain yang digunakan oleh kebanyakan bangsa Arab bagi menunjukkan makna kufur, pembunuhan serta kebakaran.

Dalam masyarakat Melayu, perkataan fitnah biasa diguna bagi tuduhan atau tohmahan yang dilontarkan kepada seseorang. Namun dalam artikel ini, Tzkrh akan berkongsi kepada anda jenis-jenis fitnah yang ada disebut melalui ayat Al-Quran dan juga hadis-hadis Rasulullah SAW yang membawa maksud cubaan dan ujian ke atas manusia.

#1- Fitnah Harta

Diriwayatkan dari Ka’ab bin ‘Iyadh R.anhu, dia mengatakan, “Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda :

إِنَّ لِكُلِّ أُمَّةٍ فِتْنَةً وَإِنَّ فِتْنَةَ أُمَّتِي الْمَالُ

Sesungguhnya masing-masing umat itu ada fitnahnya dan fitnah bagi umatku adalah harta. (HR. Ahmad, Tirmidzi dan Ibni Hibban dalam sahihnya)

#2- Fitnah Anak-anak Dan Isteri

Allah SWT berfirman,

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّ مِنْ أَزْوَاجِكُمْ وَأَوْلَادِكُمْ عَدُوًّا لَكُمْ فَاحْذَرُوهُمْ 

“Hai orang-orang Mukmin! Sesungguhnya di antara isteri-isterimu dan anak-anakmu ada yang menjadi musuh bagimu maka berhati-hatilah kamu terhadap mereka.” (Surah At-Taghabun 64:14)

Begitu juga dalam Surah At-Taghabun, ayat yang ke-64, Allah berfirman yang bermaksud:

إِنَّمَا أَمْوَالُكُمْ وَأَوْلَادُكُمْ فِتْنَةٌ ۚ وَاللَّهُ عِنْدَهُ أَجْرٌ عَظِيمٌ

“Sesungguhnya hartamu dan anak-anakmu hanyalah cubaan (bagimu), dan di sisi Allah lah pahala yang besar.” (Surah At-Taghabun 64:15)

#3- Fitnah Kebaikan Dan Keburukan

وَنَبْلُوكُمْ بِالشَّرِّ وَالْخَيْرِ فِتْنَةً ۖ وَإِلَيْنَا تُرْجَعُونَ

“Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan.” (Surah Al-Anbiya’ 21:35)

#4- Fitnah Sesama Manusia Sendiri

وَجَعَلْنَا بَعْضَكُمْ لِبَعْضٍ فِتْنَةً أَتَصْبِرُونَ

“Dan kami jadikan sebahagian kamu cubaan bagi sebahagian yang lain. Mahukah kamu bersabar?” (Surah Al-Furqan 25: 20)

#5- Fitnah Perpecahan Dan Perselisihan

Telah menceritakan kepadaku Yahya bin Abi Al Mutha’ ia berkata; aku mendengar ‘Irbadl bin Sariyah berkata; “Pada suatu hari Rasulullah SAW berdiri di tengah-tengah kami. Baginda memberi nasihat yang sangat menyentuh, membuat hati menjadi gemetar, dan airmata berlinangan.

Lalu dikatakan; “Wahai Rasulullah, engkau telah memberikan nasihat kepada kami satu nasihat perpisahan, maka berilah kami satu wasiat.” Baginda bersabda: “Hendaklah kalian bertakwa kepada Allah, mendengar dan taat meskipun kepada seorang hamba Habasyi. Dan sepeninggalanku nanti, kalian akan melihat perselisihan yang sangat dahsyat, maka hendaklah kalian berpegang dengan sunnahku dan sunnah para khulafaur Rasyidin yang mendapat petunjuk.

Gigitlah sunnah itu dengan gigi geraham, dan jangan sampai kalian mengikuti perkara-perkara (bid’ah) yang dibuat-buat, kerana sesungguhnya semua bid’ah itu adalah sesat.” (HR Ibnu Majah, no.42 – Status Hadis Sahih)

Kesimpulan

Seperti contoh-contoh di atas, tidak dinafikan harta adalah keperluan manusia, namun jika ia menyebabkan manusia rakus dan tamak, maka ia menjadi fitnah. Sama juga dengan pasangan dan anak-anak, mereka adalah penyeri hidup di dunia, namun jika tidak dijaga dan dididik dengan baik, mereka juga boleh menjadi ujian dan fitnah, begitulah seterusnya.

Sesuatu yang Allah berikan boleh menjadi nikmat dan boleh juga menjadi musibah. Ia bergantung kepada bagaimana kita mengurusnya. Justeru, berpada-padalah dalam mengambil dunia dan ingatlah bahawa kita sedang menuju akhirat.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Pernah mendalami bidang Psikologi selama dua tahun dan sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Kaunseling di Universiti Sains Malaysia.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami