Eksklusif, Kesihatan

#47 – Tips Pengurusan Tekanan Di Tempat Kerja

Oleh Fizah Lee  •  9 Nov 2020  •  2 min baca

Stress adalah sebuah perkataan yang sangat popular di masa kini. Buka sahaja media sosial, pasti kita akan melihat terma ini digunakan oleh semua golongan sama ada muda atau tua.

Bukan itu sahaja, apabila diamati, semua golongan cenderung untuk menjadikan topik ini sebagai salah satu perkara utama dalam perbincangan.

Namun, yang lebih membimbangkan ialah apabila masalah tekanan ini lebih banyak dialami oleh golongan yang telah bekerja.

Ada sebuah artikel yang menyebut, lebih 40 juta orang di Eropah atau setidaknya 1 dari 3 orang pekerja mengalami tekanan di tempat kerja. Ia juga disebutkan sebagai antara masalah tertinggi yang dialami oleh golongan yang telah bekerja.

Antara punca yang biasanya berlaku ialah; konflik dengan teman sekerja atau dengan majikan, dibuli di tempat kerja, ketidakjelasan tugas yang diberikan serta ketidaknyamanan fizikal, seperti bunyi peralatan, mesin dan sebagainya.

Ada banyak lagi punca yang boleh memberi kesan kepada wujudnya tekanan di tempat kerja, itu boleh dinilai oleh anda sendiri.

Namun, bagaimana cara untuk menguruskan tekanan ini? Ini adalah beberapa tips yang dikongsikan oleh KKM Portal:

#1 – Komunikasi – Amalkan komunikasi dengan individu yang dirasakan mempunyai masalah dengan anda. Dengan itu, cuba selesaikan masalah tersebut dengan jalan yang terbaik kepada dua-dua pihak.

#2 – Rancang kerja dan masa – Kerja untuk hari ini perlu dirancang dengan baik agar tiada kerja yang tertinggal atau tidak sempat dilakukan. Ia sekali gus boleh mengelakkan daripada bertangguh.

#3 – Ketahui tahap kemampuan diri – Jika ada pekerjaan yang tidak sesuai dilakukan akibat kemampuan diri yang terbatas, cuba untuk selesaikan perkara itu dengan baik.

Sama ada meminta masa yang lebih daripada majikan anda atau perlahan-lahan ubah kelemahan itu dengan menguasainya.

#4 – Amalkan Teamwork Bekerja secara berpasukan adalah lebih baik daripada secara individu. Jika anda mempunyai pasukan sendiri, bahagikan kerja tersebut dan jangan dilakukan secara sendirian.

#5 – Pastikan ada work-life balanceSeimbangkan kehidupan anda dengan kerja dan juga perkara peribadi. Tahu bila waktu yang perlu berehat dan juga kerja. Ia sekali gus boleh membantu memberi kesihatan fizikal untuk anda.

#6 – Kenal pasti sistem sokongan – Setiap dari kita pasti ada seseorang yang boleh menyokong mereka sama ada keluarga, pasangan mahupun rakan-rakan.

Jadi, cuba salurkan tekanan anda kepada mereka dengan meluahkannya agar masalah tersebut tidak terpendam di dalam kepala anda semata-mata.

Anggap tekanan sebagai salah satu cabaran yang perlu dilalui. Jangan memberatkan kepala anda dengan perkara-perkara tersebut, sebaliknya kawal ia agar tidak mempengaruhi kesihatan mental dan emosi anda.

#Menuju2021
#PE1H

Rujukan:
KKM Portal MyHealth


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami