Eksklusif, Inspirasi

#44 – Bagaimana ‘Me Time’ Membantu Seimbangkan Kesihatan Anda

Oleh Fizah Lee  •  5 Nov 2020  •  3 min baca

Pelan Efisien 100 Hari

Sebut sahaja mengenai ‘Me Time’, rata-rata dari kita sudah faham apakah ia dan bagaimana pentingnya keperluan ini kepada kesihatan mental seseorang.

Ia adalah satu istilah yang diberikan terhadap aktiviti meluangkan masa sejenak untuk diri sendiri. Ia bukan bermaksud anda tidak ingin bersosial atau mengurung diri di dalam bilik, sebaliknya ia adalah satu proses untuk mengecas kembali tenaga dengan menghabiskan masa bersama diri sendiri.

Antara perkara yang sering dilakukan ialah menghabiskan masa di spa atau salon, memancing, membaca buku atau ada juga yang memilih untuk bercuti di kampung halaman.

Semua itu bergantung kepada bagaimana seseorang itu memilih untuk mengecas tenaganya. Kebiasaannya, ada yang memilih untuk melakukan kerja kerana ia adalah perkara yang digemari dan sebuah rutin yang tidak boleh ditinggalkan.

Namun, mungkin situasinya yang sedikit berbeza bagi meraikan waktu bersama diri sendiri. Contohnya, jika selama ini bekerja di pejabat atau di rumah dengan hiasan meja yang sama, tetapi untuk me time ini, ada yang memilih untuk melakukannya di kedai kopi atau mana-mana kafe kegemarannya sambil menghirup aroma kopi atau makanan.

Perkara ini tidak salah, asalkan masa yang diperuntukan itu digunakan dengan cara yang betul untuk mengelak tekanan.

Perkara yang penting untuk kita faham ialah konsep me time ini tidak khusus kepada satu-satu jantina sahaja.

Apabila dilihat, perkara ini lebih difokuskan kepada wanita berbanding lelaki terutamanya dari kalangan mereka yang bergelar isteri.

Namun, itu tidak bermaksud lelaki juga tidak memerlukan me time. Setiap dari kita memerlukan waktu untuk bersama diri sendiri dan melakukan apa yang digemari.

Manfaat Yang Boleh Diperoleh

Aktiviti ini penting untuk diri sendiri kerana ia boleh membantu menjaga keseimbangan dan kesihatan tubuh badan serta mental.

Kajian menunjukkan bahawa manusia yang memilih untuk mengecas tenaga mereka dengan meluangkan masa sejenak untuk me time cenderung untuk mempunyai hubungan yang baik dengan sekeliling dan mempunyai kesihatan mental yang seimbang.

Antara manfaat lain daripada aktiviti ini ialah:

#1 – Memberi ruang kepada otak dan tubuh badan untuk berehat serta menjernihkan fikiran.

#2 – Boleh membantu meningkatkan daya fokus dan produktiviti kerja.

#3 – Boleh membantu mengenal diri sendiri dan apa yang diminati

#4 – Memberi peluang kepada diri untuk berfikir mengenai kehidupan

#5 – Lebih menghargai perhubungan yang ada dan membantu mengekalkannya

#6 – Memberi rasa bahagia dan menambah kecintaan kepada diri sendiri

#7 – Membantu menurunkan tekanan

Me time tidak perlu dilakukan selalu kerana rutin harian masa kini menjadikan seseorang itu tidak mempunyai masa untuk hal-hal sebegini.

Namun, ia tidak bermaksud aktiviti ini tidak boleh diambil perhatian. Sebaliknya, ia seharusnya dijadikan sebagai salah satu rutin sama ada mingguan atau bulanan untuk menyeimbangkan kesihatan mental dan fizikal anda.

Dalam era COVID-19 yang masih belum sembuh, ia sedikit sebanyak membantut perancangan kita untuk me time. Jadi, anda boleh melakukan aktiviti yang sesuai di rumah untuk mengecas tenaga anda.

Jadi, seberapa kerap anda mengambil masa untuk mempunyai waktu bersama dengan diri sendiri?

#Menuju2021
#PE1H

Rujukan:
Sciencedaily.com


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami