Eksklusif, Tokoh

#42 – Al-Farabi, Tokoh Yang Menguasai Pelbagai Bidang Ilmu

Oleh Fizah Lee  •  3 Nov 2020  •  2 min baca

Nama Al-Farabi tidak asing lagi dalam kalangan tokoh ilmuwan Islam kerana kebijaksanaannya dan minatnya dalam ilmu berjaya menjadikan kajian-kajian beliau sebagai rujukan sehingga ke hari ini.

Nama penuh beliau ialah Abu Nasr Muhammad bin Muhammad bin Tarchan. Gelaran Al-Farabi diberi berdasarkan nama tempat beliau dilahirkan, iaitu di Farab, sebuah wilayah di Turki.

Beliau berasal dari keluarga yang berketurunan Turki-Parsi, iaitu bapanya yang berasal daripada Turki manakala ibunya daripada Parsi.

Catatan sejarah menunjukkan bahawa beliau telah dilahirkan sekitar tahun 257 Hijrah hingga 339 Hijrah. Bagaimanapun, tiada tarikh yang tepat berkenaan kelahiran beliau.

Sejak kecil, Al-Farabi amat gemar mempelajari ilmu bahasa sehingga beliau berjaya mempunyai kecekapan yang luar biasa dalam bidang tersebut. Antara bahasa yang berjaya dikuasai adalah Iran, Turkistan, Arab dan Turki.

Beliau juga berjaya mempelajari ilmu Fiqh, hadis dan Tafsir Al-Quran di Baghdad. Pendidikan awalnya bermula di Farab dan Bukhara, kemudian beliau meneruskan pengajiannya ke Baghdad untuk meneroka lagi ilmu yang diminati terutama dalam bidang falsafah.

Beliau juga pernah mengembara ke beberapa tempat untuk menuntut ilmu seperti Damascus dan Mesir.

Sumbangannya meliputi pelbagai bidang seperti sains, falsafah, logik, matematik dan muzik. Bahkan, kesemua buah pemikirannya telah memberi manfaat yang besar dalam perkembangan ilmu terutamanya ilmu falsafah, logik dan sosiologi.

Tiada Batas Dalam Ilmu

Baginya, tiada batas dalam menuntut ilmu dan ia dibuktikan melalui pembelajarannya yang menyeluruh dalam setiap bidang ilmu yang diceburi.

Malah, setiap ilmu yang dipelajari akan diusahakan untuk dikuasai dengan sebaik mungkin. Buktinya, beliau merupakan salah seorang pemuzik yang handal yang berjaya membuatkan orang yang mendengar muziknya akan melontarkan perasaannya ke dalam muzik tersebut.

Setiap bait yang beliau lontarkan berjaya membuatkan orang menangis atau gembira kerana ayatnya yang sungguh dekat dengan pendengar.

Beliau sanggup mengembara untuk menguasai ilmu yang diceburi kerana baginya untuk mendapatkan ilmu yang berkualiti dan sahih, usaha yang jitu dan gigih perlu diletakkan.

Jadi, bagaimana sikap anda terhadap ilmu?

Sumber:
Kajian Biografi Al-Farabi


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami