Eksklusif, Kesihatan

#41 – Ketahui Apa Itu Makanan Berkhasiat

Oleh Fizah Lee  •  3 Nov 2020  •  2 min baca

‘Anda adalah apa yang anda makan.’ Mungkin acapkali anda mendengar ungkapan ini terutamanya oleh mereka yang sering bertemu dengan doktor untuk mendapatkan rawatan.

Maksud ungkapan ini mudah – ia menunjukkan bahawa makanan sangat mempengaruhi tubuh dan fikiran anda kerana ia adalah perkara utama yang akan membentuk diri anda.

Untuk mendapatkan tubuh badan yang cergas dan sihat, anda perlu menjaga makan. Begitu juga jika anda ingin mendapatkan otak dan minda yang cerdas, pemakanan juga memainkan peranan.

Salah seorang ahli perubatan Arab juga ada menyebut – “perut itu adalah rumah kepada penyakit.”

Ia bermaksud, jika pemakanan yang diambil tidak sihat dan seimbang, ia boleh memberi kesan kepada tubuh badan yang lain.

Terlalu banyak gula dan manisan boleh menyebabkan aras gula dalam badan anda menjadi tinggi sehingga cenderung menimbulkan penyakit berbahaya seperti kencing manis.

Namun, jika kurang gula pula boleh menyebabkan hipoglisemia yang menunjukkan paras gula rendah dan boleh mengakibatkan sakit kepala atau penyakit lain.

Ini menunjukkan bahawa setiap pemakanan yang diambil perlu seimbang dan dikawal. Kita tidak boleh makan secara semberono tanpa memikirkan kesihatan tubuh badan.

Badan kita adalah hak yang perlu dijaga dan kita pasti ingin menggunakannya dalam jangka masa yang lama, bukan? Jadi, jagalah ia sebaik mungkin dengan mengamalkan pemakanan yang berkhasiat.

Ini apa yang anda perlu tahu mengenai makanan berkhasiat:

#1 – Ia boleh membantu mencegah penyakit yang tidak berjangkit seperti obesiti, kencing manis, tekanan darah dan sakit jantung.

#2 – Hadkan apa yang perlu dikurangkan seperti gula, garam dan minyak. Ia adalah komponen pemakanan yang diperlukan untuk tumbesaran, namun ia perlu diambil dalam jumlah yang sedikit. Sebab itu, ia berada di bahagian paling atas.

#3 – Separuh hidangan anda perlu mengandungi sayur-sayuran dan juga buah-buahan.

#4 – Kalori yang masuk perlu sama dengan yang dibakar. Cara yang lebih mudah adalah dengan tidak makan sehingga perut terlalu kenyang dan pastikan anda mengamalkan gaya hidup yang aktif.

#5 – Pastikan badan anda mengandungi air yang cukup. Ia untuk membantu anda kekal terhidrasi.

#6 – Elakkan lemak yang tidak perlu. Jika boleh, pilih makanan yang kurang bergoreng.

Cara yang paling mudah untuk memastikan pemakanan anda berkhasiat adalah dengan mengikut piramid makanan. Ia adalah pelan kesihatan yang cukup lengkap untuk anda mengubah pemakanan anda.

#Menuju2021
#PE1H

Rujukan:
Dr. Ustaz Rozaimi Ramle
My Health


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami