Eksklusif, Ibadah

#40 – Jom Elak Diri Dari Mengeluh Dengan Ujian Yang Melanda

Oleh Fizah Lee  •  2 Nov 2020  •  2 min baca

Pelan Efisien 100 Hari

Kita sudah memasuki hari kedua dalam bulan November dan itu menandakan tidak sampai dua bulan pun untuk kita memasuki tahun baru.

Walaupun perasaan untuk melangkah ke tahun baru itu sekejap ada dan sekejap menghilang dek pelbagai perkara yang melanda 2020 terutamanya isu COVID-19 yang belum reda, namun itu bukanlah alasan untuk kita melalui hari-hari tanpa rasa syukur.

Seharusnya, kita lebih bersyukur kerana diberi peluang dan ruang untuk bangkit setiap hari dengan nafas baru dan memperbaharui ibadah kita.

Bukan mudah untuk menjadi manusia yang bersyukur kerana kadang-kadang, dengan ujian yang dilalui boleh mengaburi mata kita terhadap nikmat yang ada.

Jadi, kali ini pelan efisien akan berkongsi kepada anda mengenai bagaimana cara untuk menjadi manusia yang bersyukur.

#1 – Keluar dari ‘gua’ negatif anda – Elak dari terperangkap dalam pemikiran negatif sendiri. Cara yang paling mudah adalah dengan membaca berita-berita atau kisah yang berlaku hari ini bagi membuka mata dan memberi kesedaran kepada anda bahawa ada lagi orang yang lebih susah dari anda.

#2 – Ingat akan nikmat yang pernah ada – ’10 hari kita diberi nikmat, hanya satu hari kita dirudung duka, adakah wajar untuk kita mengeluh seolah-olah tuhan tidak pernah memberi nikmat kepada anda?’

Pegang kata-kata ini untuk sentiasa membuka mata anda mengenai nikmat yang Allah pernah beri walau sekecil-kecil perkara sebelum anda mengeluh.

#3 – Cari kawan yang boleh membantu – Dalam ramai-ramai kawan, pasti ada dari mereka yang boleh memberi nasihat yang positif kepada anda. Justeru, ambil nasihat mereka untuk membantu anda menjadi manusia yang bersyukur.

#4 – Tunjukkan aura yang positif – Walaupun hati kita dirudung duka, namun jangan jadikan ia sebagai pengaruh yang negatif kepada hari anda.

Lawan ia dengan perkara-perkara positif seperti memuat naik kata-kata inspirasi atau yang boleh membantu memberi kebahagiaan kepada emosi anda.

#5 – Tarik nafas – Setiap kali wujud perasaan ingin mengeluh dan mempersoalkan takdir, tarik nafas dan sabar. Kata pada diri bahawa ia adalah ujian yang merupakan sebahagian daripada pengalaman.

Justeru, bagaimana cara anda mengelakkan diri daripada mengeluh dengan ujian yang ada?

#Menuju2021
#PE1H


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami