Gaya Hidup

4 Tips Untuk Meluaskan Rezeki Anda

Oleh Fieyzah Lee  •  12 Feb 2020  •  2 min baca

Hamzah Al-‘Abdi berkata: Kami datang mengunjungi Murrah bin Syarahil lalu dia berkata,

“Ketahuilah sesungguhnya Allah tidak menulis ke atas hambaNya sebarang bala, kecuali pasti berlaku sekalipun seorang hamba mentaatiNya. Dan Allah tidak menulis bagi seorang hamba sebarang rezeki kecuali pasti ditunaikannya sekali pun seorang itu menderhakaiNya.”

Melalui kata-kata ini, jumhur ulama membahaskan bahawa Allah tidak pernah menghukumi hamba sesuka hati tanpa sebab musababnya. Jika anda merasakan rezeki anda sempit, periksa diri sendiri dan cari di mana kesilapan anda dalam hidup.

Mungkin terdapat sedikit kesilapan dan juga dosa yang dilakukan sehingga Allah menyempitkan rezeki anda. Jadi, untuk membuka rezeki agar ia melimpah ruah, maka para ulama memberikan beberapa garis panduan yang boleh digunakan berdasarkan dalil yang ada:

#1 – Bertaqwalah Kepada Allah

وَمَن يَتَّقِ اللَّـهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجًا

وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ

Mafhum: “Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya. Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (Surah At-Talaq, 65:2-3)

#2 – Menjaga Hubungan Silaturahim

مَنْ أَحَبَّ أَنْ يُبْسَطَ لَهُ فِي رِزْقِهِ، وَيُنْسَأَ لَهُ فِي أَثَرِهِ، فَلْيَصِلْ رَحِمَهُ

Maksud: “Barangsiapa yang ingin diluaskan rezekinya serta dipanjangkan usianya, maka hendaklah dia menyambung pertalian silaturahim.” (Hadis Riwayat Bukhari, no. 5986)

#3 – Melazimi Istighfar

مَنْ لَزِمَ الِاسْتِغْفَارَ ، جَعَلَ اللَّهُ لَهُ مِنْ كُلِّ ضِيقٍ مَخْرَجًا ، وَمِنْ كُلِّ هَمٍّ فَرَجًا ، وَرَزَقَهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ

Maksud: “Barangsiapa yang sentiasa melazimi istighfar, Allah menjadikan baginya setiap kesempatan itu jalan keluar, setiap keluh kesah itu kelapangan dan Allah juga mengurniakan kepadanya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.” (Hadis Riwayat Abu Daud, no. 1518)

#4 – Rajinkan Sedekah

مَا مِنْ يَوْمٍ يُصْبِحُ الْعِبَادُ فِيْهِ إِلاَّ مَلَكَانِ يَنْزِلاَنِ فَيَقُوْلُ أَحَدُهُمَا: اَللَّهُمَّ أَعْطِ مُنْفِقًا خَلَفًا. وَيَقُوْلُ اْلآخَرُ: اَللَّهُمَّ أَعْطِ مُمْسِكًا تَلَفًا

Maksud: “Tiada suatu hari pun di mana seorang hamba berpagian, melainkan dua malaikat turun kepadanya. Salah satu dari keduanya berkata: “Ya Allah! Kurniakanlah gantian kepada orang yang melakukan infaq dan sedekah.” Manakala, malaikat yang satu lagi berkata: “Ya Allah! Jadikanlah kehilangan kepada yang bakhil.” (Hadis Riwayat Bukhari, no. 1442)

Wallahu a’alam.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fieyzah Lee

Fieyzah Lee

Merupakan seorang pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami