Eksklusif, Gaya Hidup

#39 – ‘Monday Blues?’ Jom Amalkan Tips Ini Untuk Atasinya

Oleh Fizah Lee  •  2 Nov 2020  •  2 min baca

Pelan Efisien 100 Hari

Sindrom Monday Blues boleh ditafsirkan sebagai status emosi negatif yang dizahirkan dalam bentuk tekanan, keletihan emosi dan kebimbangan. Ia biasanya berlaku pada hari pertama seseorang itu mula bekerja, iaitu kebanyakannya hari Isnin.

Ia cenderung untuk mengurangkan produktiviti kerja yang boleh menjejaskan kreativiti sekali gus motivasi dan semangat juga akan menurun.

Walaupun hari Isnin sama sahaja seperti hari-hari bekerja yang lain, namun sindrom ini wujud disebabkan baru sahaja melepasi fasa hujung minggu dan waktu untuk berseronok.

Jadi, bagaimana untuk menangani simpton ini? Jom lihat beberapa tips menarik yang dikongsikan;

#1 – Pakai pakaian yang ceria – Jadikan hari Isnin sebagai permulaan yang baru untuk perjalanan minggu itu. Jadi, pakailah pakaian kegemaran anda atau warna-warna yang menceriakan.

#2 – Bangun di awal pagi – Pastikan anda mendapat tidur yang mencukupi untuk bangun awal pagi agar boleh lebih awal di tempat kerja.

#3 – Jangan lupa untuk bersarapan – Sarapan adalah perkara utama yang tidak boleh ditinggalkan kerana ia membantu membekalkan tenaga untuk anda menjalani rutin harian.

Jika tiada saraparan, badan anda mudah untuk menjadi lemau dan akhirnya boleh memberi kesan negatif kepada produktiviti kerja serta mood anda.

#4 – Rancang dan fikir perkara yang menarik untuk dilakukan hari ini – Atur kerja anda dengan baik agar tiada yang tertinggal dan fikirlah perkara yang menarik.

Sebagai contoh, menu apa untuk dimakan pada waktu tengah hari nanti atau jika mampu siapkan kerja awal, maka anda boleh pulang lebih awal.

#5 – Bekalkan manisan – Sediakan manisan seperti coklat untuk membantu melegakan anda apabila wujudnya tekanan atau emosi yang bercampur baur.

Coklat mampu membuatkan anda berasa lebih gembira kerana ia mengandungi hormon serotonin.

#6 – Sekali-sekala, ubah pandangan ke sekeliling – Apabila hadirnya emosi negatif, segera alihkan pandangan ke sekeliling. Jika ada tumbuhan di luar pejabat, anda boleh gunakan peluang itu untuk menyegarkan kembali pandangan anda.

Atau, boleh juga ambil 5 minit rehat dengan menatal media sosial atau mendengar lagu untuk membangkitkan kembali mood anda.

Sindrom ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja sama ada pelajar mahupun yang bekerja. Ia boleh diatasi dengan mengamalkan rutin harian yang betul dan positif.

Perkara yang mudah yang boleh dilakukan sekarang adalah dengan mengukir senyuman supaya aura positif itu boleh lahir dari dalam diri anda sendiri.

#Menuju2021
#PE1H


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami