Eksklusif, Tokoh

#36 – Kenali Muhammad SAW, Tokoh Ulung Sepanjang Zaman

Oleh Fizah Lee  •  28 Oct 2020  •  2 min baca

Pelan Efisien 100 Hari

Muhammad SAW dilahirkan pada 12 Rabiul Awal bersamaan 20 April 571 M yang dikenali sebagai tahun gajah bersempena dengan peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang Kaabah.

Nama penuh beliau ialah Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutalib bin Hashim. Diriwayatkan, bapanya meninggal dunia ketika Baginda SAW berumur 2 bulan dalam kandungan, manakala ibunya pula meninggal dunia ketika Baginda berumur 6 tahun.

Sejak itu, Baginda telah dijaga oleh datuknya sebelum berada di bawah asuhan bapa saudaranya selepas datuknya meninggal dunia.

Beliau telah diangkat menjadi nabi pada 27 Ramadan, tahun ke-13 sebelum Hijrah di Gua Hira’, Mekah.

Sebelum Baginda diangkat menjadi Rasulullah, terdapat pelbagai perkara yang telah diceburi oleh Baginda seperti mengembala kambing dan berniaga.

Perkara-perkara inilah yang mematangkan Baginda dan membuatkan tugasnya sebagai nabi sentiasa disanjungi kerana Baginda adalah tokoh ulung sepanjang zaman.

Buktinya, sehingga ke hari ini, nama Muhammad SAW sentiasa meniti di bibir-bibir umat Islam, baik dalam bentuk selaway mahupun ceramah yang disampaikan.

Ada pelbagai perkara yang boleh belajar daripada Baginda seperti;

#1 – Seorang yang tabah mengharungi kehidupan – Zaman kanak-kanak Baginda dilalui sebagai seorang yatim piatu. Namun, itu tidak mematahkan semangat Baginda untuk meneruskan kehidupan.

Bahkan, Baginda menghargai orang-orang sekelilingnya dengan sentiasa mencuba menjadi insan yang terbaik dan tidak mengeluh dengan kehidupannya.

#2 – Jujur sehingga mendapat gelaran Al-Amin – Kejujuran Rasulullah dalam melakukan perkara yang diamanahkan tidak dapat disangkal lagi sehingga orang sekelilingnya menggelarnya sebagai Al-Amin (amanah).

#3 – Sifat hormat yang sangat tinggi – Baginda sangat menghormati orang sekelilingnya baik yang Islam mahupun bukan. Rasulullah tidak pernah membeza-bezakan mereka mahupun merendahkan sesiapa sahaja.

#4 – Tidak pernah memaksa – Baginda tidak pernah mengamalkan konsep paksaan dalam dakwah sebaliknya Baginda menyampaikannya dengan penuh sopan santun.

Sebagai contoh, ketika Rasulullah berhijrah ke Madinah, Baginda tidak memaksa puterinya, Zainab untuk mengikutinya kerana tahu bahawa suami Zainab masih belum terbuka hati dengan Islam dan Rasulullah tidak pernah memarahi menantunya, sebaliknya memberi ruang kepadanya.

#5 – Bergantung harap kepada Allah – Setiap apa yang dilakukan, Rasulullah sentiasa meletakkan pengharapan kepada Allah SWT. Walaupun ketika Baginda dirudung kesedihan mahupun mendapat kesenangan, semuanya diharungi dengan meyakini Allah sentiasa berada di sisiNya.

Akhlaknya yang terpuji merupakan salah satu sebab ramai orang tertarik kepada Islam. Jadi, akhlak yang bagaimana yang telah anda terapkan daripada teladan Baginda?

#Menuju2021
#PE1H


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami