Eksklusif, Kesihatan

#35 – 7 Garis Panduan Yang Perlu Disemat Untuk Cegah COVID-19

Oleh Fizah Lee  •  27 Oct 2020  •  2 min baca

Pelan Efisien 100 Hari

Semalam, kerajaan telah mengumumkan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sehingga 9 November 2020. Hal ini disebabkan oleh angka kes yang membimbangkan semua pihak dari hari ke hari dengan melibatkan angka kematian melonjak sehingga 236 mangsa.

Walaupun PKPB telah dikuatkuasakan di seluruh Selangor, Wilayah Persekutuan, Putrajaya dan Sabah, namun itu tidak bermaksud rakyat di negeri lain tidak boleh leka.

Masing-masing perlu memainkan peranan penting dalam usaha untuk membendung penularan COVID-19 ini kerana ia melibatkan keselamatan dan kesihatan semua orang.

Jadi, pelan kali ini akan membawa kepada anda untuk menelaah semula peraturan yang telah dikuatkuasakan dan perlu dipatuhi. Antaranya;

#1 – Elak keluar dari rumah jika tiada keperluan.

#2 – Elak berada di tempat yang sesak dan bersembang secara dekat.

#3 – Pastikan jarak 1 meter dipatuhi.

#4 – Sentiasa pakai pelitup muka apabila berada di kawasan luar rumah.

#5 – Sentiasa sediakan cecair pembasuh tangan (hand sanitiser) dalam bentuk poket agar mudah dibawa ke mana-mana.

#6 – Apabila masuk rumah, pastikan anda mencuci tangan terlebih dahulu sebelum memegang mana-mana bahagian rumah lain.

#7 – Pakai pelitup muka yang bersesuaian. Jika jenis pelitup muka fabrik, pastikan ia dicuci setiap hari, manakala jika menggunakan pelitup muka 3 lapis, pastikan ia tidak dipakai berulang kali.

Sentiasa ingatkan kepada diri sendiri untuk tidak leka dan terus mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.

Frasa ‘kita masih belum menang’ boleh berubah kepada ‘kita sudah menang’ suatu hari nanti jika masing-masing tidak leka dan terus memainkan peranan.

#Menuju2021
#PE1H


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami