Eksklusif, Ibadah

#34 – Tips Untuk Mudah Ganti Solat

Oleh Fizah Lee  •  26 Oct 2020  •  2 min baca

Pelan Efisien 100 Hari

Pernahkah anda terfikir bagaimana untuk menggantikan solat yang telah lama ditinggalkan. Lagi memeningkan kepala jika ia ditinggal dalam jumlah yang banyak sehingga sudah lupa berapa jumlah sebenar perlu digantikan.

Bagaimana cara untuk menggantikan solat tersebut? Adakah cukup dengan memperbanyakkan amalan soleh atau ganti sahaja secara semberono?

Sebelum itu, kita perlu faham bahawa dalam Mazhab Syafi’e menyebutkan bahawa wajib untuk menggantikan solat kerana ia merupakan sebuah kewajipan yang dikenakan ke atas muslim.

Ia juga dikira sebagai hutang yang perlu dilangsaikan kerana melibatkan ibadat wajib walaupun ada sebahagian ulama yang menyebut bahawa ia juga memadai jika digantikan dengan memperbanyakkan amalan soleh yang lain seperti sedekah, menunaikan solat taubat dan sebagainya sebagai salah satu cara memohon keampunan dariNya.

Namun, cara yang lebih baik adalah dengan menggantikan solat tersebut. Jadi, bagaimana untuk menggantikannya jika ia sudah banyak kali ditinggalkan atau sudah lama?

Pelan kali ini akan memberikan anda tips ringkas untuk menggantikan hutang anda dengan Allah.

#1 – Menunaikan solat setiap kali selepas waktunya – Setiap kali selepas menunaikan solat sesebuah waktu, anda boleh terus menggantikannya.

Ertinya, anda boleh melakukan dua waktu solat untuk setiap waktu. Jadikan ia sebagai rutin agar perkara tersebut sebati dengan anda.

#2 – Isi hujung minggu dengan ganti solat – Jika anda tidak mempunyai ruang untuk menggantikannya pada setiap waktu dan setiap hari, ia juga boleh dilakukan pada hujung minggu.

Isi waktu hujung minggu anda dengan menggantikan solat kerana ia adalah waktu yang lengang dan tidak dilakukan dengan apa-apa aktiviti.

#3 – Jangan bertangguh – Jangan dilayan perasan malas atau menunggu waktu yang sesuai. Jika berkelapangan, ia boleh dilakukan secara terus.

Sebenarnya, jika kita benar-benar meniatkan dalam hati untuk melangsaikan hutang dengan Allah, nescaya Allah akan mempermudahkan dan memberi ruang kepada anda untuk melakukannya.

Yang paling penting, anda sendiri yang perlu memberi masa kepada diri anda untuk melakukannya.

#Menuju2021
#PE1H


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami