Eksklusif, Gaya Hidup

#33 – Ubah Hidup Menjadi Lebih Kreatif Dengan 5 Tips Mudah

Oleh Fizah Lee  •  26 Oct 2020  •  3 min baca

Pelan Efisien 100 Hari

Apabila bercakap mengenai kreativiti, siapa nama atau tokoh hebat yang terlintas di minda anda? Adakah Thomas Edison, Steve Job, Harland David Sanders atau Ibnu Firnas?

Tak dinafikan, nama-nama yang bermain di fikiran anda sekarang adalah antara orang hebat yang mempunyai daya kreativiti masing-masing dalam setiap bidang yang mereka ceburi sehingga mampu menjadikan mereka tokoh yang disegani.

Sama ada tokoh Islam mahupun tidak, setiap daripada mereka pasti mempunyai kelebihan yang boleh dipelajari dan salah satunya mengenai cara untuk menjadi orang yang kreatif.

Kreatif itu milik setiap manusia dan ia boleh ditonjolkan dalam pelabagai perkara dan aspek kehidupan.

Melalui sifat ini, banyak alternatif dan idea baru yang tercipta untuk menyelesaikan masalah atau mencipta sesuatu yang baru.

Manusia bebas untuk berfikir, menjadi kreatif dan berimaginasi. Jadi, jangan takut dengan imaginasi sendiri sehingga ia boleh menyekat apa yang ingin anda lakukan,

Namun, tak semua orang boleh menjadi kreatif atau mampu menghadapi pemikiran sendiri. Jadi, pelan kali ini akan berkongsi beberapa perkara menarik yang boleh dilakukan untuk menjadi kreatif.

#1 – Jangan Takut Dengan Imaginasi Sendiri

Imaginasi manusia tiada batasnya. Jadi, jangan takut untuk berimaginasi. Jika kita telah meletakkan batas untuk berimaginasi, bagaimana pula dengan tindakan kita?

#2 – Jangan Takut Melakukan Kesalahan

Melakukan kesalahan itu bukan sesuatu yang janggal kerana dengan kesalahan, manusia boleh belajar lebih lagi.

Pengalaman itu boleh mematangkan seseorang. Jadi, anggap kesalahan itu sebagai sebuah lubang yang akan kita jumpa lagi dalam perjalanan hadapan kita.

Adakah kita akan mengelak daripada terjatuh ke dalam lubang tersebut atau terperangkap di dalamnya sekali lagi?

#3 – Bertanya Tidak Semestinya Tidak Tahu

Malu bertanya sesat jalan. Pernah kan anda mendengar peribahasa ini? Jadi, jangan malu untuk bertanya kerana dengan satu persoalan yang diajukan, banyak ilmu dan jawapan yang anda boleh peroleh.

Jangan malu untuk bertanya kerana jika anda malu, ia boleh membawa anda kepada jalan yang salah.

#4 – Cabar Diri Dengan Perkara Baharu

Keluar diri dari zon selesa dan cabar diri untuk melakukan perkara yang di luar kebiasaan anda. Jangan selesa dengan apa yang anda ada sekarang, sebaliknya cabar diri untuk melangkah ke zon baru.

Dengan itu, anda akan belajar perkara baru yang boleh membawa kepada banyak pelajaran baru.

#5 – Latih Diri Catat Idea

Idea atau imaginasi yang anda ada cenderung untuk hilang begitu sahaja jika tiada tindakan yang diambil. Tindakan pertama yang sesuai untuk dilakukan adalah dengan mencatat idea tersebut.

Bina satu diari sama ada menerusi buku catatan harian atau gajet; mana-mana yang memudahkan anda terhadapnya. Jadi, bolehlah anda menelaah kembali idea tersebut dan kembangkannya menjadi lebih baik.

Idea yang kreatif selalunya akan muncul secara tiba-tiba. Daya imaginasi anda juga boleh berkembang secara tiba-tiba. Justeru, jangan takut dengan diri sendiri dan kembangkan idea tersebut untuk menjadikannya sebagai sebuah realiti.

#Menuju2021
#PE1H


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami