Eksklusif, Gaya Hidup

#3- Untuk Mudah Solat, Pakai Pakaian Menutup Aurat Lengkap Bila Keluar

Oleh Natirah Azira  •  25 Sep 2020  •  2 min baca

Pelan Efisien 100 Hari

Covid-19 telah melanda kita buat beberapa lama, dan telah mengubah gaya hidup seharian.

Jika dahulu kita boleh ‘melepak’ beramai-ramai di kedai, keluar masuk pasaraya dan premis tanpa apa-apa syarat, kini semuanya berubah. Penjarakan sosial dan pemakaian pelitup muka mesti diamalkan setiap masa dan perlu juga mengimbas Kod QR bagi memudahkan pengawasan dan pencegahan Covid-19.

Tidak ketinggalan ia turut mengubah suasana tempat ibadah dan keadaan kita ketika menunaikan solat. Contohnya apabila bersolat di masjid, kita tidak lagi boleh bersolat dengan jarak yang dekat dengan jemaah yang lain. Di surau-surau kecil seperti di kompleks beli belah, di stesen LRT dan stesen minyak pula, telekung dan sejadah tidak lagi disediakan dan perlu dibawa sendiri.

Apa yang terjadi, kita kadang-kadang terlupa membawa sejadah dan telekung apabila keluar berjalan-jalan pada hujung minggu, dan sedikit sebanyak menyukarkan persediaan yang baik untuk menunaikan solat.

Dalam keadaan ini, apa kata kita mula mengamalkan pemakaian yang lengkap menutup aurat bagi memudahkan solat didirikan apabila masuk waktu solat.

Bagi wanita, anda hanya perlu memakai pakaian menutup aurat yang longgar, tidak ketat dan tidak nipis. Pastikan baju yang dipakai sempurna menutup sehingga pergelangan tangan. Selain itu, anda juga boleh membawa stokin yang bersih di dalam beg tangan untuk dipakai ketika solat.

Bagi golongan lelaki, pastikan baju yang dipakai tidak terlalu singkat dan tidak menampakkan aurat ketika rukuk dan sujud. Seluar yang dipakai pula mestilah melepasi lutut.

Usah ragu-ragu sama ada pakaian yang dipakai itu bersih atau tidak. Anda hanya perlu memastikan kebersihannya terjaga dan tidak terkena najis.

Lihat, semudah itu sahaja bukan untuk bersiap dengan pakaian yang lengkap menutup aurat sebelum keluar daripada rumah? Ayuh jadikan hal ini sebagai salah satu usaha anda ke arah diri yang lebih baik.

#Menuju2021
#PelanEfisien100Hari
#PE1H


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Pernah mendalami bidang Psikologi selama dua tahun dan sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Kaunseling di Universiti Sains Malaysia.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami