Sahur adalah ibadah yang sangat dituntut bagi orang yang ingin berpuasa.
Padanya ada keberkatan yang disediakan malah perkara inilah yang membezakan antara puasa umat Nabi Muhammad SAW dengan kaum yang lain.
Ia lubuk pahala berganda. Ia bukan hanya makan semata-mata namun menjadi sunnah baginda SAW.
Apabila bersahur pula, kita disunatkan untuk melewatkan sahur (kira-kira 15 minit) sebelum masuk waktu Subuh. Ia dapat membantu kita untuk terus bersedia melakukan ibadah.
Jadi, jangan malas untuk bangun sahur sekalipun hanya minum air kosong dan makan kurma sahaja.
Pada sahur ada keberkatan.
Jadi, nak sahur apa nanti?
Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan video ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.
Kempen Dakwah Digital
Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.