Ibadah

3 Perkara Yang Perlu Hadir Dalam Solat Untuk Cegah Maksiat

Oleh Fizah Lee  •  6 Aug 2020  •  2 min baca

Untuk apa kita bersolat? Pernah tak anda bertanya kepada diri anda atau kepada orang tua anda, kenapa kita kena solat?

Kadang-kadang, mungkin timbul juga persoalan; ada yang kata solat itu adalah untuk mencegah maksiat, tetapi kenapa hati ini masih lagi terlintas untuk buat maksiat dan kadang-kadang diri ini melakukan dosa tanpa dapat ditahan.

Jadi, bagaimanakah cara solat yang boleh mencegah maksiat? Sebenarnya, perihal solat tidak boleh dipandang ringan. Ia bukan bermula saat mengangkat takbir, namun sebelum itu lagi.

Contohnya, wuduk perlu dilakukan dengan sempurna. Ambil wuduk dengan baik dan biar air dapat lalu ke anggota wuduk dengan sempurna. Bagaimana? Bagi mereka yang memakai make up, cucilah ia dengan sebetul-betulnya. Kalau make up tidak dicuci dengan baik, air wuduk tidak dapat lalu dengan sempurna yang boleh menyebabkan wuduknya tidak sah.

Kalau wuduk tidak sah, adakah boleh dibawa solat? Solat tanpa wuduk itu adalah tidak sah. Jadi, di sini dapat kita lihat bahawa semuanya saling berkait dari awal.

Jadi, jangan dipandang enteng akan setiap perkara kerana walau sekecil-kecilnya, ia boleh membawa impak yang cukup besar.

Maksud: “Ada seorang yang pernah mendatangi Baginda SAW lalu berkata: “Ada seorang yang menunaikan solat pada malam hari namun keesokannya dia mencuri. Bagaimanakah itu?” Kemudian, Rasulullah menjawab: “Solat tersebut akan mencegahnya melakukan perkara yang buruk.” (Hadis Riwayat Ahmad, 2:447)

Solat Itu Perlu Ada Tiga Perkara

Bagaimana solat itu dapat mencegah seseorang daripada melakukan maksiat? Ulama menyebutkan bahawa dalam solat itu akan hadirnya tiga perkara, iaitu;

Maksud: “Dalam solat ada tiga perkara di mana jika ia tidak ada, maka ia tidak disebut sebagai solat. Ia adalah rasa ikhlas, rasa takut dan dzikir (ingat) kepada Allah. Ikhlas itulah yang memerintahkan kepada yang makruf (kebaikan). Rasa takut itulah yang mencegah daripada kemungkaran dan zikir melalui al-Quran yang memerintah dan melarang daripada melakukan sesuatu.” (Abul ‘Aliyah, Tafsir 6:65)

Bagaimana untuk menghadirkan ketiga-tiga perkara itu dalam diri? Yang paling utama adalah dengan memeriksa setiap perkara yang dibawa ke dalam solat itu agar ia tidak menjejaskan solat seperti wuduk, kebersihan dan sebagainya.

Dengan itu, ketiga-ketiga perkara ini akan hadir. Walaupun ada juga yang merasakan bahawa semuanya telah dititikberatkan, namun masih ada keinginan untuk bermaksiat, itu mungkin ujian yang Allah ingin beri supaya kita tidak mengambil mudah akan perkara solat.

Jadi, yang paling penting di sini adalah dengan tidak memandang enteng akan perihal solat sama ada ia kecil atau besar kerana ia boleh memberi impak kepada ibadah dan diri kita sendiri.

Rujukan:
Rumaysho.com


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami