Ibadah

3 Perkara Yang Menemani Ke Kubur, Hanya Satu Yang Tinggal

Oleh Fizah Lee  •  11 Sep 2020  •  2 min baca

Apabila mendengar berita kematian, pernah tak anda letakkan diri anda sendiri dalam situasi itu?

“Bagaimana agaknya nasib aku ketika meninggal nanti?”

“Bagaimana cara tuhan mengambil nyawa aku?”

Dan mungkin pelbagai lagi persoalan yang pernah terfikir di benak minda anda. Hakikat yang perlu kita sedar adalah suatu saat nanti, kematian itu akan menimpa diri kita juga.

Sebab manusia itu tidak akan hidup selamanya. Saban hari, pasti ada sahaja berita kematian yang menjengah diri kita. Hikmah kepada diri kita yang boleh dilihat adalah ia boleh mengingatkan kita kepada kematian dan dari terus leka dengan dunia ini.

Apabila kita berbicara soal kematian, ia adalah perkara yang mengerikan. Semua orang takut untuk menghadapinya terutamanya apabila memikirkan amalan yang entah cukup, entah tidak untuk dipersembahkan di hadapan Allah.

Dan yang sentiasa orang sebut adalah, alam kubur itu penuh dengan kegelapan, berseorangan dan sunyi.

Waktu ini, hanya amalan sahaja yang dapat menemani kita. Hatta, orang tua atau pasangan yang sentiasa ada dengan kita pun tidak akan menemani kita. Mahupun, harta yang telah kita kumpul sebelum ini pun tidak akan ditanam bersama.

Yang menemani kita adalah kain kapan dan juga amalan. Ada tiga perkara yang akan datang menghantar kita ke kubur, namun dua darinya akan pergi dan hanya satu yang akan bersama kita di alam barzakh. Itulah amalan.

Sebagaimana sebuah hadis yang telah diriwayatkan dari Anas bin Malik RA, ia berkata bahawa Baginda SAW bersabda:

يَتْبَعُ الْمَيِّتَ ثَلاَثَةٌ ، فَيَرْجِعُ اثْنَانِ وَيَبْقَى مَعَهُ وَاحِدٌ ، يَتْبَعُهُ أَهْلُهُ وَمَالُهُ وَعَمَلُهُ ، فَيَرْجِعُ أَهْلُهُ وَمَالُهُ ، وَيَبْقَى عَمَلُهُ

Maksud: “Yang mengikut mayat sampai ke kubur ada tiga, dua akan kembali dan satu tetap bersamanya di kubur. Yang mengikutinya adalah keluarga, harta dan amalnya. Yang kembali adalah keluarga dan hartanya. Sedangkan yang tetap bersamanya di kubur adalah amalnya.” (Hadis Riwayat Bukhari, no. 6514)

Dan disebutkan juga melalui hadis dari Al-Bara’ bin ‘Azib tentang pertanyaan di alam kubur.

“Ada ketika itu datang seseorang yang berwajah tampan dan berpakaian bagus, baunya pun wangi. Ia adalah wujud dari amalan soleh seorang hamba. Sedangkan orang kafir didatangi oleh orang yang berwajah buruk. Itu adalah wujud dari amalan buruknya. (Hadis Riwayat Ahmad, 4:287. Syeikh Syuaib Al-Arnauth menukilkan ia adalah riwayat sahih)

Melalui hadis ini, dapat disimpulkan bahawa amalan yang akan menemani kita, sama ada ia yang baik mahupun yang buruk.

Jika baik amalnya, maka baiklah kehidupannya di alam sana, namun jika buruk amalnya, maka buruklah kehidupannya. Nauzubillahi mindzalik.

Inilah yang kita ingin elakkan. Sementara tuhan masih meminjamkan nyawa kepada kita, beramallah dengan amalan yang soleh agar kehidupan akhirat kita baik dan tidak menakutkan.

Wallahu a’alam

Sumber:
Rumaysho.com


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami